CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6216|Reply: 0

[Selangor] Dua wanita ditahan rakam video, enggan diperiksa polis

[Copy link]
Post time 25-2-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Subang Jaya: Polis menahan dua wanita selepas enggan memberi kerjasama ketika ditemukan dalam keadaan mencurigakan di SS15/4G, di sini, malam kelmarin.

Eksekutif pemasaran dan pengurus syarikat swasta masing-masing berusia 29 tahun dan 37 tahun itu bukan sahaja tidak bekerjasama malah merakam video serta mempertikaikan tugas polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian jam 11.10 malam, semasa polis menjalankan tugas ronda cegah jenayah di tepi jalan tersebut, melihat kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di mana terdapat dua wanita didalamnya.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan, kedua-duanya enggan memberi kerjasama dan salah seorang mengeluarkan telefon bimbit sebelum merakam video serta mempertikaikan tugas pihak polis.



"Tangkapan dibuat terhadap kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman dua hari sehingga hari ini dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk arahan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada agensi penguatkuasa dan tidak menimbulkan provokasi yang membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang kerana menghalang penjawat awam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-diperiksa-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.088262 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list