CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5720|Reply: 0

[Selangor] Bomba ‘terbangkan’ jantung dari Melaka ke HKL

[Copy link]
Post time 25-2-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Petugas kesihatan membawa kotak berisi organ yang didermakan oleh seorang pesakit dari Hospital Melaka selepas mendarat di HKL pagi tadi.

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah melaksanakan satu operasi penerbangan membawa organ daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Operasi menerusi sebuah helikopter EMARS (Emergency Medical Air Ambulance and Rescue Service) itu telah menerbangkan jantung kepada seorang pesakit di HKL.

Terdahulu kata, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara JBPM, PgKB I Kapten Roslan Aziz, Pusat Sumber Transplan Nasional HKL telah menerima satu kes rujukan pendermaan organ daripada Hospital Melaka.

“Keluarga kepada seorang pesakit yang telah disahkan mati otak (brain death)
bermurah hati ingin mendermakan organ jantung kepada pesakit yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu kata Roslan, helikopter EMARS JBPM telah diatur gerak pada pukul 7.15 pagi dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang dan terus berlepas ke Melaka.

Katanya, selepas mengambil penumpang dan organ yang didermakan, pesawat kemudian berpatah balik ke Kuala Lumpur dan selamat mendarat di HKL kira-kira pukul 8.35 pagi.

“Penerbangan ini juga turut disertai oleh tiga orang pegawai perubatan yang diketuai oleh Pakar Perunding Kardiotorasik dan Vaskular Hospital Melaka, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ezani Md Taib.

“Pemindahan organ ini merupakan salah satu daripada perkhidmatan perubatan yang sering dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan selain pemindahan pesakit dan bantuan logistik perubatan yang lain,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... dari-melaka-ke-hkl/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.322571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list