CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12126|Reply: 102

[Tempatan] UPDATE:Ada PHD tetapi Ammar diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah kerana prestasi kerja, bukan dipecat - Datuk Seri Tiong King Sing

  [Copy link]
Post time 23-2-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-2-2024 03:09 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan memecat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar sebaliknya pegawai itu diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.

"Saya sudah bagi peluang dan nasihat buat terbaik kepada negara tetapi beliau tidak memberikan perkhidmatan yang sepatutnya.
"Malah, dalam satu mesyuarat yang terbaharu, saya bagi arahan jangan lakukan sesuatu tetapi beliau buat juga sebab itu saya arahkan pertukaran dibuat serta-merta.

"Ini mengenai prestasi (Ammar) dan tiada kaitan dengan isu perkauman ...saya sedih dikata begitu (perkauman) apabila dia kata Manoharan (Ketua Pengarah baharu) boleh duduk minum bersama-sama dengan saya.

"Dia tiada idea atau dia tak tahu. Kalau kamu tidak boleh 'perform' saya mesti tukar dan ia bukan pecat.
Saya bagi dia turun pangkat sahaja, memang dari dulu bila Ketua Pengarah (KP), bekas KP pencen memang dia dalam senarai bukan nombor satu.
"Saya beri peluang sebab dia ada PhD (Ijazah Kedoktoran) dalam pelancongan.

"Tetapi dia tidak jalankan tugas, dia tidak membuktikan PhD itu. Dia tidak melakukan libat urus dengan negeri-negeri," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai dakwaan pemecatan Ammar berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

King Sing menjelaskan disebabkan kelemahan Ammar, banyak pihak termasuk pentadbiran pelancongan negeri merungut kepada kementeriannya.
"Dia tidak ada libat urus dengan negeri, saya beritahu mesti buat libat urus, jadi negeri pun merungut. Kenapa jadi begitu?
"Siapa tidak menunjukkan prestasi yang baik, turunlah…beri peluang kepada orang lain. Tiada kaitan isu perkauman sebagainya," katanya.

Beliau turut menyatakan Ammar gagal mewujudkan destinasi baharu untuk pelancong selain tidak berjaya menarik bilangan pelancong ke Malaysia.
"Kita terima kedatangan pelancong dari China 1.2 juta sahaja sedangkan Thailand menerima 10 juta pelancong China. Kenapa tidak ada peningkatan, kenapa Malaysia tiada perubahan?

"Kita tetapkan 5 juta pelancong masuk tetapi dia kata hanya boleh capai 3 juta tapi yang masuk hanya 1.6 juta,"
"Dia ikut saya pergi mengadakan promosi (Malaysia ke luar negara) sekali, saya minta dia 'follow up' (buat susulan) tapi di tidak pergi 'follow up'," katanya.
King Sing turut mempertahankan tindakan terhadap Ammar yang dibuat mengikut proses dan prosedur ditetapkan dan bukannya menyalahgunaan kuasa sebagai menteri.

"Kementerian sudah ada calon pengganti untuk mengisi kekosongan itu, dalam kalangan orang Tourism Malaysia" katanya.
Difahamkan kementerian melantik Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika), P Manoharan yang kini menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan bagi menggantikan Ammar

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1216167/ammar-diturunkan-pangkat-kerana-prestasi-kerja-bukan-dipecat-king


SHAH ALAM – “Saya kecewa dan apa salah saya?” demikian luah Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang akan ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 24 Februari ini.

Beliau berkata, berita penamatan tersebut begitu mengejutkan buat dirinya kerana telah berkhidmat selama 36 tahun dalam industri berkenaan.

“Mestilah saya sedih, kecewa kerana ini adalah pengakhiran perkhidmatan sebagai penjawat awam. Saya orang lama dalam industri ini, ada pengalaman dan kelayakan.

“Saya tidak tahu di mana kesalahan saya tetapi Menteri ada jawapan di sebalik semua ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa 'tidak sehaluan' dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Mengulas mengenai punca penamatan perkhidmatan itu, Ammar berkata, sebagai kakitangan kerajaan yang telah lama berkhidmat, beliau sentiasa melakukan tugas mengikut prosedur dan tatacara betul.

“Mungkin ada separuh atau sesetengah perkara yang menteri (King Sing) minta saya buat begitu begini.

“Bagaimanapun, kita kena faham. Menteri ini bukan kakitangan awam. Kadang-kadang dia tidak faham,” ujarnya.

Pada masa sama, Ammar turut menjelaskan bahawa, bermula Isnin depan, beliau difahamkan akan bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia.

“Sekarang ini menurut surat pada Isnin (26 Februari). Saya bukan lagi Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Menteri telah lantik Ketua Pengarah baharu.

“Saya difahamkan akan ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan.

“Orang akan lihat keadaan ini, sebagai satu penurunan pangkat bagi saya daripada Ketua Pengarah kepada Timbalan Ketua Pengarah,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rejim PH mula tunjuk belang & kezaliman
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 23-2-2024 11:44 PM

Menteri ni ler kemain bekap leluhur sendirik dari PRC motherland khenn siap turun gi nak lepaskan lagik yg kena tahan kat KLIA harituh khennn kemain kona kata Immigresen yg salah ha gaytuh!





Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
'Apa salah saya??? 'Sebab bukan cina laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri tuong tu satu liabiliti buat pkr.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 24-2-2024 12:43 AM
Menteri tuong tu satu liabiliti buat pkr.

Dia parti dari sabah or sarawak rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa penggantinya?


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan popcorn je lah tengok perangai geng geng madanon ni.... Tiong ni dari dulu cinta abadi taat setia dgn leluhur tanah besar.. nak import ramai ramai masuk lertewww... Penuh ibu pertiwi dgn Indon Bangla rohingok cina apek suka drive lawan arus je lah...gitu aku mencerca sebelum subuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by otai_g at 24-2-2024 06:43 AM

Menteri blh pecat penjawat awam ker? Tiong ni mn dtg ntah tetiba jd menteri. Ni la padahnya bila pm lemah. Terpaksa jd boneka umpama lembu ditarik hidung
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 24-2-2024 12:10 AM
'Apa salah saya??? 'Sebab bukan cina laaa..

So upcoming director dr mana?import from prc ke?eŕr...this muntri from borneo ada kaya rayya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 08:50 AM | Show all posts
makan babi masak apa dalam opis?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Serius aku tk bole baca benda2 bodoh ni lah
Sikit sikt dia tunjuk kaler aku dh ckp dari awal lagi kgn bermuka2 dgn bangsa ni harini kau baik dgn dia esok kau pulak kena halau akubole mark muka sekor2 bunatang yg jilat DAP ni dulu skrg jg cakap kau tak puashti pulak. Mana nak menyorok ha setan!! Sebab pengkbianat mcm korg la cinababimakin berani dia bawa masuk pendatang bawak masuk pilak dari sabah sana nk lebihi penduduk asal selangor dgn kebajiran org luar ujung2 org melayu jadi minoriti dgn org luar. Byk agenda diorg ni nk rosakkan bangsa Melayu. Skrg aku tk nak tunggu sapa2 lenting utk kita sdri kuatka  mental fizikal sedia utk berjuang jgn nmpk lembik. Bagsa tu jeling aku macam tak puashati sbab apa..tgk aku masih mcmni stronger than ever ikutkan dia nk tgk org melayu ni mintak sedekah je senang nk amik semua kuasa. Haaaa  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:12 AM | Show all posts
jadi menteri baru setahun lebih
suka suka pecat orang dah berkhidmat 36 tahun
kes kes melibatkan menteri ni PMX langsung diam tak berkutik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde ka yang tau apa cerita di sebalik berita ka? Setakat ini komen maki hamun ja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-2-2024 06:34 AM
Menteri blh pecat penjawat awam ker? Tiong ni mn dtg ntah tetiba jd menteri. Ni la padahnya bila pm  ...

Aku pun nak tau. Senang macam tu ja ka nak buang penjawat awam. Acik2 menggelupur dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
"Mandarin speaker only."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pelancongan yg plg x berfungsi...leh kata semua menteri skrg x berfungsi lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata menteri ni pulak dipecat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:24 AM | Show all posts
Satu sumber kata dorang berdua ni tak ngam satu sama lain, knowing yg menteri tu pun memang penah ada kontroversi kat epot.

Satu sumber lagi kata DG Pelancongan tu tak perform. Menteri teruih kuar surat benti kerja ikut akta sekian sekian sekianlah katanya.

Aku lebih cenderung kepada isu tak 'ngam' antara DG dengan Menteri.
Kawan tu dah kerja 32+ tahun, seasoned gomen servant dan tau selok belok... tetiba menteri baru haprak ni suruh buat itu ini yang mana berlawanan dengan polisi atau perancangan kementerian (pada pandangan aku), memang boleh mendatangkan marah la.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 24-2-2024 12:43 AM
Menteri tuong tu satu liabiliti buat pkr.

Tiong ni dari gps, serpihan bn sarawak. Bergasaklah dgn heols ni, mulut dia mmg mcm longkang. Goodluck lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075546 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list