CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2090|Reply: 0

[Sabah] Sembilan rumah di Kampung Bakalau terbakar

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:20 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Keadaan kebakaran memusnahkan sembilan rumah di Kampung Bakalau.

BEAUFORT: Sembilan rumah di Kampung Bakalau musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 5.10 petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, kejadian bagaimanapun tidak membawa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa selepas penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, operasi memadam kebakaran dilaksanakan sepasukan anggota dari BBP Beaufort dengan bantuan dari BBP Kimanis.

“Ketua Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sembilan buah rumah kediaman jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 300kaki, empat pancutan dan satu aliran hose reel dengan sumber air yang diperolehi dari air terbuka iaitu sungai berhampiran,” katanya.

Beliau berkata operasi berjaya dikawal jam 6.11 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072026 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list