CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6754|Reply: 8

[Tempatan] Kemana Hilangnya Menteri Kewangan?

  [Copy link]
Post time 23-2-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-2-2024 04:12 PM

Kemana Hilangnya Menteri Kewangan
https://www.facebook.com/share/v/sZKd2FBfnBgB85uX/?mibextid=Nif5oz

Bermula semalam, Ringgit Malaysia jatuh untuk 1 USD ialah RM4.80. Manakala 1 SGD ialah RM3.57 dan 1 BATH sebanyak RM0.13.

Kejatuhan yang tidak berpenghujung ini tentunya memberi impak yang tidak baik kepada ekonomi negara.

Satu “kata-kata hikmah” yang tentunya diingati oleh seluruh rakyat Malaysia yang pernah dilaungkan oleh bekas Ketua Pembangkang dahulu “duit jatuh ini kerana hang tak pandai memerintah negeri ini”.

Di sebalik kejatuhan nilai matawang kita yang teruk ini, tentunya ia memberi kesan kepada ekonomi negara ini. Paling terkesan tentunya kenaikan harga barang-barang keperluan.

Bila di perhatikan, kenaikan harga barang-barang keperluan naik begitu mendadak. Ayam menghampiri RM10 untuk 1kg, telur yang masih sekejap ada, sekejap tiada, sayur-sayuran yang tidak terjangkau harganya serta berbagai lagi kenaikan yang mencekik rakyat.

Dalam masa yang sama, tiba-tiba YB dari kluster apa entah cuba menjadi hero setelah “lompat” ke sebelah sana dan mendapat “jawatan” mengumumkan beras Madani akan menggantikan beras tempatan daripada RM26 kepada RM30 pada hari Rabu. Hari Sabtu berikutnya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan ianya masih dalam kajian.

Pening rakyat memikirkan kemana hilangnya beras sebelum ini, lebih pening lagi rakyat memikirkan kenaikan yang mendadak, tiba-tiba rakyat menjadi terpening, ianya belum di muktamadkan.

Tentunya bulan Mac nanti, rakyat akan lebih terkesan bila cukai perkhidmatan akan bermula. Di samping akan menyambut Ramadhan dan Syawal dengan perbelanjaan makin meningkat dan membebankan.

Menteri Kewangan sedang buat apa ni? Ke mana dia menghilang? Senyap membisu. Kalau sebelum ini dialah yang menjadi rujukan kita semua. Dialah yang paling lantang menjerit.

Sekarang bila ditanya, boleh pula dia kata akan dijawab oleh gabenor. Semudah itu ya!

Tentunya kita semua masih ingat dengan laungan “Kalau saya perintah hari ini, minyak akan turun dalam masa 24 jam”.

Perseoalan rakyat hari ini: “Hang” pandai ke perintah negeri ni?



Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai.
11 Sya’ban 1445 / 21 Februari 2024

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 04:12 PM | Show all posts
Apa lagi.. menteri kewangan 2 jawab la… ha ha mujur dah lantik menteri kew 2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:41 PM | Show all posts
mencanak la brg2 naik lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:52 PM | Show all posts
Sebab itu lulusan sastera tak boleh jadi Fiance' Minister.

Dia yang Fiance' Minister, pass kat gabenor pulak suh menjawab.

Kalau ada lagi yang terpesona dengan madah2, konon2 fine orator, lantang berucap, perkataan2 macam pascanilai, tetekolala...a moment of silence for their imbecility.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:54 PM | Show all posts
jangan ada pulak otak sengkek kata, kalau ko pandai sangat urus ekonomi negara, ko ajelah yang jadi minfin.

Please ye, tu hujah mamat b40 jobless paw duit bini melepak kat warung, sambil sembang forex jota2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnm da jwb da ni pmx ckp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2024 04:59 PM | Show all posts


YB Puan Lim Hui YingTimbalan Menteri Kewangan
ayah Lim Kit Malam, abang dia Lim Guang Ing
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bz nyanyi lagu Ajijah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Isham jameel menghitung hari dilantik senator ..kendian menteri ke3 kewangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.278295 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list