CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6883|Reply: 1

[Pulau Pinang] Anggota bomba dikhuatiri lemas mahir baiki bot, tidak fobia air

[Copy link]
Post time 23-2-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba dikhuatiri lemas mahir baiki bot, tidak fobia air


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



JBPM Pulau Pinang menggerakkan operasi SAR Mohd Izwan yang dikhuatiri lemas ketika sedang menguji enjin bot kevlar di Jeti Pangkalan Marin, Mak Mandin, Pulau Pinang. FOTO Nur Izzati Mohamad.




Butterworth: Anggota bomba yang dikhuatiri lemas ketika sedang menguji enjin bot kevlar di Jeti Pangkalan Marin, Mak Mandin, di sini, malam tadi, adalah seorang yang tidak fobia air.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, Mohd Izwan Illias, 42, juga mempunyai kepakaran membaiki dan mengendali bot selama 13 tahun.

"Mangsa (Mohd Izwan) sudah bertugas bersama JBPM sejak 2005 iaitu tujuh tahun di Akademi Wilayah Tengah, manakala hampir 13 tahun di sini (JBPM Pulau Pinang).

"Dia mempunyai kemahiran teknikal dan pakar serta tekun dalam kerjanya dalam membaiki bot sepanjang berkhidmat di sini. Mangsa tidak fobia air," katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota bomba itu hari ini.

Mengulas mengenai kejadian, Nor Hisham berkata, ia dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menambat bot pasukan di jeti apabila selesai menguji enjinnya.

"Terdapat dua anggota di lokasi termasuk mangsa, namun seorang lagi sedang mengemas barang di stor berhampiran sebelum terdengar mangsa menjerit namanya.

"Rakan setugasnya kemudian keluar dan mendapati mangsa tiada dalam bot, namun selepas pencarian gagal dalam tempoh 20 minit, anggota itu segera memaklumkan kejadian kepada pusat kawalan," katanya.

Nor Hisham berkata, SAR itu berdepan kesukaran, memandangkan arus deras selain permukaan sungai yang dipenuhi sampah.

"Keadaan ini sudah kita jangka dan kita tetap berusaha sehingga kita berjaya menemui mangsa

"Dari jam 7.30 hingga 11 pagi tadi, anggota mencari dengan menyelam dalam sungai terpaksa ditangguh susulan keadaan sungai yang tidak sesuai.

"Bagaimanapun, kita teruskan dengan kaedah lain, antaranya pencarian di permukaan menggunakan penarik dasar selain khidmat dua anjing pengesan (K9) dan dron," katanya.



Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 2:49pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2024 07:25 PM | Show all posts
'Suami kata hari gaji nak bawa anak beli baju sekolah'

23 Februari 2024 07:05pm



Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin di sini, pada Khamis malam.




BUTTERWORTH - "Suami minta saya potong rambutnya dan beritahu esok (Jumaat) gaji kalau ada rezeki nak bawa beli baju sekolah anak-anak,” kata isteri kepada Mohd Izwan Illias, anggota bomba yang dikhuatiri lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin pada Khamis malam.

Jamaliah Abd Majid, 42, berkata sebelum kejadian itu suaminya seperti berlengah-lengah untuk pergi kerja malah, ketika hendak keluar rumah kira-kira 7.15 malam Khamis, dia (suami) tak menoleh ke arahnya seperti kebiasaan yang dilakukannya.



Suri rumah itu berkata, suaminya banyak menunjukkan perubahan beberapa minggu lepas apabila kurang bercakap berbanding kebiasaannya selain sering berpesan supaya dia berdikari dan menjaga anak-anak dengan baik.

Ibu kepada lima anak berusia empat hingga 16 tahun itu reda dengan kejadian tersebut dan berharap suaminya dapat segera ditemukan dalam keadaan apa sekalipun.



Jamaliah berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh anggota bomba yang datang ke rumahnya di Permatang Pak Maras Penaga, sekitar 11 malam.

"Sejak awal lagi saya dah rasa tak sedap hati sebab biasanya kalau kerja syif malam, suami akan telefon sekitar 9 atau 10 malam bertanya keadaan saya dan anak-anak, tapi malam tadi sampai pukul 11 pun dia tak telefon.

"Dunia saya seolah-olah gelap sebaik pintu rumah diketuk oleh anggota bomba yang memaklumkan suami jatuh dari bot dan meminta saya bersabar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Jamaliah menyifatkan suaminya seorang yang penyayang dan sering mengutamakan keperluan dia dan anak-anak biarpun dari luar perwatakannya dilihat seperti seorang yang bengis.




"Saya kena terima, ini bukan mimpi tapi kenyataan. Memang sakit nak terima (kenyataan) tapi, kalau kita rasa kita sayang dia (suami), sebenarnya ALLAH lebih menyayangi dia,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Illias Othman, 77, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiga daripada enam beradik itu adalah dua hari lepas ketika dia singgah di rumah memaklumkan mahu pergi ke Pulau Bunting di Yan, Kedah untuk menjalani latihan.




"Saya memang selalu berpesan kepada dia (Mohd Izwan) supaya sentiasa menjaga diri, kerja elok-elok dan berhati-hati ketika bertugas.

"Tapi nak buat macam mana, kejadian ini tidak dijangka dan saya harap dia dapat segera ditemukan,” katanya yang menyifatkan mangsa seorang anak yang baik.

Kejadian pada 10.10 malam semalam dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan, 42, bersama seorang lagi rakan sekerja hendak menambat bot di jeti itu usai melakukan pengujian enjin.

Operasi mencari mangsa yang merupakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth itu dilakukan secara besar-besaran hari ini membabitkan 50 anggota menggunakan sembilan bot milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga bantuan daripada bot nelayan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.097309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list