CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8351|Reply: 6

[Tempatan] Rompakan Kucing baka ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin. Seorang penjual kucing parah ditetak

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kucing baka ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin’ milik seorang lelaki dilarikan penyamun dalam kejadian Ahad lalu. (Gambar Pexels)

PETALING JAYA: Seorang penjual haiwan peliharaan bukan sahaja kehilangan dua kucing bernilai RM10,000, malah cedera ditetak dalam kejadian samun di Bandar Utama, Ahad lalu.

Mangsa, Ryan Cheah, 26, menerima 36 jahitan akibat kecederaan pada kaki dan tangan kerana ditetak dengan parang.

Cheah berkata, kejadian berlaku pada pertemuan kali kedua dengan suspek selepas turut menjual seekor kucing pada 10 Feb lalu.

Katanya, suspek menghubunginya semula beberapa hari kemudian dan memaklumkan ingin membeli dua lagi kucing.

Dia dan teman wanitanya ke lokasi dijanjikan iaitu di sebuah perhentian bas, pada 7.30 malam hari kejadian.

“Kami perasan kereta pelanggan itu remuk seperti baru terbabit kemalangan. Saya kemudian bercakap dengan individu itu dan masuk ke dalam keretanya.

“Ketika itu, dia mengeluarkan pisau dan meminta saya memindahkan semua wang ke dalam bank miliknya,” katanya menurut Harian Metro.

Cheah berkata, teman wanitanya tidak menyedari dia disamun kerana tidak mengetahui apa berlaku dalam kenderaan suspek.

“Seorang lagi penjenayah mengambil dua kucing masing-masing baka ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin’ daripada teman wanita,” katanya.

“Ketika itu, saya ambil peluang untuk melarikan diri dengan membuka pintu kereta dan cuba keluar, namun lelaki berkenaan mengacukan parang dan menetak saya.”

Mangsa kemudian berjaya keluar dari kenderaan suspek sebelum mereka melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya Mohd Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan sudah membuat tangkapan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ye pn awat masuk dlm kenderaan suspek tu
kesian kucing2 tu haaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sian kucing.
cash kot sbb meniaga hewan..
i xblh la kalau psl kucing jd sedih..
mcm mgu lps i kt perak..tgh mkn pizza..sekali nmpk kucing dk miaw miaw mitk mknn..semua xlayan..i amej bhgian tepi piza bg dia..dia mknn..i sian sbb masa tu i pun singgah mknn je..tp kdai piza tu ramai org la...
hrp hrp ada org tlg kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 12:45 PM | Show all posts
backyard breeder la ni..
kalau license breeder takkan la business tepi jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 02:34 PM | Show all posts
ntoh le nokkkss

meols lg suka kutip je yg gelandangan ni

lg tak banyak kerenah sbb mmg baka kg kampung.com

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 03:04 PM | Show all posts
#adoptdontshop

kucing iolz kcucing kampung je
comel je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm kesian...iollz lebih suka Munchkin kaki ketot... BSH comel gak but too mainstream
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.236899 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list