View: 7776|Reply: 7
|
[Jenayah]
Kena noda selepas main video game sama-sama dalam bilik rumah nenek
[Copy link]
|
|
TAMPIN – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol remaja perempuan bawah umur selepas mereka bermain permainan video di dalam bilik sebuah rumah, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis pada 18 Februari lalu susulan ibu mangsa telah mengetahui kejadian tersebut.
“Si ibu telah memeriksa telefon bimbit mangsa dan melihat terdapat perbualan mengenai kejadian rogol tersebut melalui aplikasi WhatsApp antara mangsa dan suspek berusia 16 tahun.
“Bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, kira-kira pukul 3 pagi hari yang sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menangkap remaja lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang pada 15 Februari lalu semasa mangsa berada di rumah nenek mangsa.
Menurutnya, suspek yang juga kawan mangsa telah datang untuk bermain ‘game’ bersama mangsa dan semasa mangsa berada di dalam bilik, suspek telah mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
“Mangsa telah melakukan perkara itu bersama suspek. Setelah selesai melakukan hubungan seks, suspek terus keluar dari rumah nenek mangsa.
“Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Main game apa seh dalam bilik? Ingat tahun 90 an je ada citer macam ni.. Di tahun 2024 era millenial ni pun ada rupanya yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua-dua teen bawah umur..
suka sama suka tapi sorang je kena tuduh? |
|
|
|
|
|
|
|
paksarela ka sendiri rela? |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan main video game. ni tengok video lepas tu main kemudian kena game.
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb bawah umur masuk under rogol..actually suka sama suka tu..buat report pon sebab mak tau,cuba mak tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
bahahahahahaaa....baik punya kena game....
bahaya klau x pantau anak2 jaman sekarang....
owh rasanya pelaku yg akan kena walaupun dua2 sama suka...pasal bawah umur...
lebih pada yg pelaku tu selalu lelaki...xde perempuan rogol...jarang kot...ah ko...sedap dapat, pastu sorang je kena kan...kasi dua2 baru padan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|