CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16836|Reply: 0

[Pahang] Muara sungai cetek resahkan nelayan

[Copy link]
Post time 22-2-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Muara sungai cetek resahkan nelayan


Oleh Asrol Awang - Februari 22, 2024 @ 5:48pm  bhnews@bh.com.my




Tinjauan muara yang semakin cetek di Kampung Sungai Ular dipercayai kerja-kerja mengorek pasir berhampiran pantai sejak tahun lepas. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




KUANTAN: Kira-kira 200 nelayan di sekitar Sungai Ular, di sini berdepan masalah mencari rezeki di laut sejak setahun lalu.

Ia susulan keadaan paras air di muara sungai di Sungai Ular cetek hingga menyukarkan bot untuk keluar dan masuk ke jeti.

Pada kebiasaannya, sebelum ini nelayan boleh turun ke laut pada jam 7 pagi tetapi kini perlu keluar seawal jam 4 pagi dan apabila ingin pulang ke jeti, mereka perlu menunggu pada jam 2 petang kerana ketika itu air mula pasang.

Bagi nelayan, Mohamad Azam Zakaria, 62, keadaan air cetek itu kesan dipercayai berpunca daripada kerja pengambilan pasir di sekitar pantai itu.

"Disebabkan kerja itu, keadaan muara menjadi cetek dan perlu menunggu air pasang untuk keluar ke laut dan  pulang ke jeti.

"Kami banyak membuang masa kerana ketika Monsun Timur laut (MTL), nelayan tidak turun ke laut dan hilang sumber pendapatan.

"Disebabkan keadaan ini, sumber pendapatan kami terjejas dan mahu masalah ini dapat diselesaikan," katanya ketika ditemui di jeti Kampung Sungai Ular, di sini hari ini.

Mohd Tajul Ariffin Muda, 44, pula berkata ada nelayan yang terpaksa melabuhkan bot di tengah laluan sementara menunggu air pasang.

Dia juga pernah berdepan kerosakan bot yang menyebabkan terpaksa menanggung kerugian disebabkan keadaan muara sungai cetek itu.

"Saya harap masalah ini dapat selesai segera kerana memandangkan anak akan memulakan sesi persekolahan, kedatangan Ramadan dan menyambut Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu, berkata Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) sudah dimaklumkan mengenai muara sungai cetek itu.

"Saya difahamkan, JPS sedang dalam usaha mengenal pasti penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah itu terutama memohon peruntukan segera," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.345728 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list