CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10508|Reply: 0

[Kedah] Atasi segera sistem perparitan tersumbat - Penduduk

[Copy link]
Post time 22-2-2024 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Atasi segera sistem perparitan tersumbat - Penduduk

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
22 Februari 2024 03:47pm




Penduduk bersama kakitangan beberapa agensi meninjau keadaan sistem perparitan di Kampung Gunung Sali.




ALOR SETAR - Kira-kira 1,800 penduduk Kampung Gunung Sali resah setiap kali cuaca hujan kerana bimbang berlaku banjir berikutan masalah sistem perparitan tersumbat.

Abdul Aziz Yahya, 77, berkata, kawasan berkenaan akan dilanda banjir terutamanya setiap kali hujan lebat.



Katanya, kediamannya turut dinaiki air apabila hujan turun tanpa henti meskipun terletak agak jauh dari sistem perparitan berkenaan.

"Jikalau,hujan lebat secara berlarutan akan berlaku banjir, kemungkinan disebabkan air tidak dapat bergerak ke laut.



"Saya berharap masalah sistem perparitan diselesaikan, sekaligus air mengalir dengan lancar," katanya ketika ditemui selepas meninjau sistem perparitan di Kampung Gunung Sali, di sini, pada Khamis.

Seorang lagi penduduk, Ismail Awang,59, berkata, mereka memohon bantuan pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan di kawasan itu.

Kata beliau, pihak terbabit diharapkan menaik taraf dan melakukan kerja mendalamkan sungai berkaitan untuk mengelakkan banjir berulang di masa akan datang.

Ismail berkata, penduduk turut berharap penempatan semula dilakukan untuk penduduk berhampiran sistem perparitan terbabit.




Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Gunung Sali, Abdul Kadir Ali berharap masalah sistem perparitan hingga menyebabkan banjir dialami penduduk kampung terbabit dalam diselesaikan segera.

Tambahnya, beliau mendapati antara punca sistem perparitan tersumbat adalah disebabkan pembuangan sisa minyak melalui saliran itu.




"Jadi, apabila ia tersumbat maknanya ia sebabkan banjir kerana air lambat turun ke sungai besar, kadang-kadang nak turun tak tau ke mana (saliran)," katanya.

Beliau berkata, sebahagian penduduk Kampung Gunung Sali berdepan masalah cukai taksiran cukai pintu yang perlu dibayar, selain masalah sistem perparitan.


Abdul Kadir




Abdul Kadir memohon semua isu dibangkitkan dan dialami penduduk Kampung Gunung Sali mendapat perhatian sewajarnya pihak berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga merangkap Ahli Jawatankuasa Exco Pertanian, Muhamad Amri Wahab berkata, pihak berwajib telah melakukan pemantauan dan mengambil tindakan susulan di kawasan sistem perparitan yang tersumbat.

Beliau memaklumkan, hasil pemantauan mendapati sistem perparitan di Kampung Gunung Sali tersumbat teruk berikutan pelepasan air sisa dari premis berhampiran.

Sehubungan itu, Muhammad Amri berkata, penyelesaian jangka pendek telah diambil untuk menangani masalah perparitan dengan mengorek dan mencuci saliran terlibat.


Ahmad Azri




Menurut Jurutera JPS Daerah Kota Setar, Pendang/Yan, Ahmad Azri Salleh, pihaknya telah melakukan kerja membina tebing runtuh sepanjang 40 meter (m) dan pembersihan sistem perparitan sepanjang lebih kurang 2.4 kilometer (km) di Kampung Gunung Sali.

Kata beliau lagi, selain mencuci sistem perparitan itu, pihaknya turut memiliki cadangan penyelesaian jangka panjang untuk memastikan masalah dialami penduduk terbabit selesai.

"Kita akan lihat semula dari segi aliran sungai dan kaji semula aliran sungai melibatkan kawasan-kawasan tersumbat, yang melibatkan halangan-halangan seperti jambatan atau titi perlu dinaik taraf supaya ia tidak ganggu aliran air," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.343783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list