CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3655|Reply: 0

[Kedah] JAS kesan premis gagal patuhi syarat lepas efluen

[Copy link]
Post time 22-2-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode

JAS memeriksa premis yang dikesan gagal mematuhi syarat melepaskan efluen mengikut had ditetapkan. Foto JAS



SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Sungai Petani yang disyaki melepaskan efluen tanpa mematuhi had ditetapkan.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis berkenaan telah dikenakan perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, sementara siasatan dijalankan.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan semasa pemantauan premis dibuat di lokasi terbabit.

"Ia berdasarkan kesan yang terdapat di bahagian longkang hadapan premis tersebut mendapati terdapat bahan buangan terjadual.


Penahanan Operasi Kelengkapan dikenakan ke atas premis terbabit sementara siasatan dijalankan. Foto JAS

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita dapati premis yang menjalankan aktiviti pembungkusan bahan kimia itu juga menjalankan aktiviti menerima bekas-bekas bahan kimia terpakai dan membersihkannya serta diisi dengan bahan kimia baharu sebelum dihantar kepada pembeli," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, bekas bahan kimia terpakai itu disyaki adalah buangan terjadual dengan kod buangan SW 409 berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Jelas beliau, sebarang aktiviti penstoran luar tapak atau pemerolehan kembali buangan terjadual termasuk aktiviti pencucian bekas bahan kimia terpakai, memerlukan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan kelulusan lesen bawah Seksyen 18, AKAS 1974.



Kakitangan JAS meletakkan notis Penahanan Operasi Kelengkapan ke atas premis yang diperiksa. Foto JAS

"Pemerolehan buangan terjadual seperti aktiviti pencucian bekas-bekas bahan kimia terpakai secara haram boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bahan kimia atau logam berat kepada sumber air," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, JAS akan terus meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual secara haram yang boleh menyebabkan pelbagai masalah pencemaran kepada alam sekitar dan masalah kesihatan kepada orang awam.

"Kita juga meminta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau melalui http://eaduan.doe.gov.my," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... syarat-lepas-efluen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list