CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3540|Reply: 2

Pegawai Perubatan Bertugas Sabtu, Hari Kelepasan Am Layak Tuntut Elaun Lokum

[Copy link]
Post time 22-2-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA – Pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum mengikut kadar yang ditetapkan.


Sementara itu, bagi pegawai perubatan yang diarah bertugas pada Ahad melibatkan waktu bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 1 petang, mereka boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.


Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ketika ini, hasil pelaksanaan projek rintis melalui pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan berdekatan hospital terlibat telah diteliti.


Katanya, susulan itu, permohonan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum sedang dalam pertimbangan agensi pusat.


“Dalam tempoh ini, pegawai perubatan bertugas pada Ahad telah diberi kelulusan khas secara bertempoh dalam projek rintis bagi membolehkan Elaun Lokum dibayar sekiranya mereka diarah bertugas secara lokum.


“Selain itu, Pegawai Farmasi dan Juru X-ray dalam kumpulan pengurusan dan profesional
juga diberi pemanjangan Elaun Lokum pada kadar yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


KKM berkata, mengambil kira isu kesesakan di hospital termasuklah di Selangor, kerajaan menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bersetuju melaksanakan projek rintis tersebut.


Antara klinik terlibat ialah Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang, Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Gombak dan Klinik Kesihatan Ampang, Hulu Langat.


Pelaksanaan projek rintis ini dilaksanakan mulai 25 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perubatan je ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:54 PM | Show all posts
Yand decide tak mahu release payment pada public holiday ini PKD masing2 iya..bukan decision peringkat MOH pun. memandai buat ruling sendiri atas alasan tiada budget
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064546 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list