CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5668|Reply: 3

[Dunia] RM jatuh didorong penurunan kadar pinjaman bank pusat China

[Copy link]
Post time 22-2-2024 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-2-2024 08:48 AM

KUALA LUMPUR: Langkah bank pusat China, People's Bank of China (PBOC) menurunkan kadar utama pinjaman melebihi jangkaan pasaran, mendorong mata wang utama, termasuk ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7975/8000 berbanding dolar AS daripada paras 4.7850/7890, semalam.

Mengikut laporan Bloomberg, mata wang tempatan itu susut seketika melepasi RM4.80 berbanding dolar AS pada hari ini.
Ringgit yang pernah mencecah paras terendah 4.8850 pada 1998, menyaksikan paras rintangan segeranya hari ini pada 4.80 selepas mencecah 4.7958.

Pasaran terbukti gelisah selepas PBOC bertindak menurunkan 25 mata asas dalam kadar utama pinjaman (LPR) lima tahun kepada 3.95 peratus, lebih besar daripada jangkaan pasaran sebanyak 10 mata asas.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata keadaan turut diasak oleh sentimen berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 21 Februari 2024.

Beliau berkata, ringgit secara amnya juga rendah berbanding dolar AS hari ini (-0.11 peratus) dan seiring dengan prestasi sama yang dicatatkan oleh renminbi China (-0.06 peratus), rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).

"Oleh kerana Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangkakan tidak mengubah hala tuju dasar monetari, dolar AS sebaliknya memerlukan sokongan yang baik dalam tempoh terdekat.

"Keadaan ini ada benarnya terutama apabila (peratusan) kemungkinan pengurangan kadar faedah AS pada Mac telah berkurangan daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada 11.6 peratus ketika ini," katanya kepada Bernama.

Sejajar dengan perkembangan semasa, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit dalam keadaan kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, mengulas prestasi ringgit, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang positif di masa akan datang.

"Prestasi ringgit baru-baru ini, sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Antara faktor tersebut termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah AS yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 3.1926/1945 daripada 3.1913/1942, semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound kepada 6.0468/0499 daripada 6.0358/0408 dan turun berbanding euro kepada 5.1799/1826 daripada 5.1558/1601.

Ringgit juga menyusut berbanding kebanyakan mata wang ASEAN iaitu turun berbanding baht Thailand kepada 13.3016/3148 daripada 13.2806/2976, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5672/5693 berbanding 3.5555/5587 dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 3.306/306.6 daripada 3.06.0/306.5.

Berbanding peso Filipina, ringgit rendah kepada 8.56/8.57 daripada 8.53/8.54 semalam.
-BERNAMA










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 08:52 AM | Show all posts
bawa duit malaysia tebal tebal dlm wallet tapi tiada nilai di oberse
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ringgit dah level duit Laos...Buat malu jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:36 AM | Show all posts
bagi yg byk membaca..bukan katak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.315934 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list