CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5185|Reply: 0

[Selangor] Pemandu diikat, dipukul sebelum dibiarkan terbaring tengah jalan

[Copy link]
Post time 21-2-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KAJANG – Seorang pemandu kereta Proton Saga warga tempatan disahkan maut disyaki dipukul serta diikat sekumpulan lelaki di kawasan Taman Pelangi Semenyih 2, di sini, semalam.

Difahamkan, pemandu berusia 42 tahun itu dibelasah selepas mengakibatkan kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan terbabit pada pukul 9.20 malam

“Hasil siasatan awal pegawai penyiasat trafik di lokasi kejadian, mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu dipercayai terbabas melanggar pagar kawasan perumahan tersebut.

“Pemandu kereta tersebut ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan lanjut Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kajang, terdapat saksi penghuni di kawasan perumahan tersebut nampak mangsa terbabas seterusnya ditarik keluar dari kenderaan oleh sekumpulan lelaki dan dipukul.

Kemudian, tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan.

“Apabila kenderaan peronda polis tiba di lokasi kejadian, semua individu yang berada di lokasi telah beredar.

“Pasukan Forensik PDRM Bukit Aman mengambil beberapa sampel swabbing darah termasuk kesan cap jari dan merampas dua utas gumpalan tali warna hijau coklat di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, bedah siasat akan dijalankan oleh Pakar Patologi Hospital Serdang hari ini,” jelasnya.

Tambah Mohd Zaid, pihaknya percaya kejadian berpunca dari kemalangan pertama yang berlaku namun tiada laporan diterima mengenai kejadian terbabit.

Susulan itu, bertindak atas maklumat dan risikan siasatan, seramai lima lelaki warga tempatan berusia 22 hingga 52 tahun ditahan sekitar kawasan Semenyih dan Beranang.

Katanya, semua tangkapan direman lima hari sehingga Ahad depan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Bahagian Trafik turut membuka siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor.

Seterusnya, boleh hubungi Inspektor Ammar Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 018-2194013 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... aring-tengah-jalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.225803 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list