CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6469|Reply: 0

[Kedah] Pemandu lori kantoi seleweng diesel

[Copy link]
Post time 21-2-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu lori kantoi seleweng diesel

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
21 Februari 2024 03:27pm




Lori yang telah diubahsuai dengan lima buah tangki tambahan. Foto ihsan KPDN




SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori yang sedang leka mengisi minyak di sebuah stesen di sini, ditahan kerana disyaki menyeleweng bahan api bersubsidi berkenaan dalam kejadian pada jam 7.30 pagi Selasa.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Nizam Jamaludin berkata, lelaki warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan ketika sedang leka membuat pengisian dalam tempoh yang lama.



Menurutnya, pemeriksaan dibuat ke atas kenderaan lori lima tan bertutup kanvas tersebut yang memuatkan lima unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC) yang berkapasiti 1,000 liter setiap satunya.

"Modus operandi digunakan adalah membuat pengisian bahan api terus ke tangki asal lori yang telah dipasang pam dan paip bersambung dengan IBC.



"Bagaimanapun, muslihat itu berjaya dihidu KPDN Kedah yang telah membuat pemantauan serta risikan sejak dua minggu lalu dan berjaya mematahkan cubaan menyeleweng bahan api bersubsidi terbabit," katanya.


Seorang pemandu lori yang sedang leka mengisi minyak di sebuah stesen di sini, ditahan kerana disyaki menyeleweng bahan api bersubsidi dalam kejadian pada jam 7.30 pagi Selasa. Foto ihsan KPDN




Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat cecair yang disyaki diesel dengan anggaran 650 liter yang bernilai RM1,397.50 di dalam IBC tersebut.
"Semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut mendapati berlaku pembelian melebihi had yang dibenarkan.

"Pemandu ditahan dan semua peralatan termasuk kenderaan disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM28,160," katanya.

Pemandu terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada masa sama, satu kertas siasatan turut dibuka terhadap pengusaha stesen minyak tersebut dan siasatan dijalankan bawah Peraturan 12A Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melanggar Arahan Pengawal iaitu membenarkan pembelian melebihi had yang ditetapkan oleh kementerian.




Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan penalti denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list