CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5424|Reply: 0

[Kedah] Aspek pencahayaan jadi keutamaan, tarikan di Gua Sireh

[Copy link]
Post time 20-2-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Aspek pencahayaan jadi keutamaan, tarikan di Gua Sireh

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
20 Februari 2024 04:56pm




Ramlan ketika hadir ke Gua Sireh bagi merasmikan Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination di Baling pada Selasa.




BALING - Kini pengunjung boleh menikmati kemudahan laluan pejalan kaki berpagar untuk ke Gua Sireh selain beberapa infrastruktur lain yang memberi lebih keselesaan susulan kerja-kerja menaik taraf lokasi ekopelancongan gua berkenaan siap sepenuhnya Disember tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, aspek pencahayaan juga diberi keutamaan bagi memastikan tahap keselamatan pengunjung terjamin di samping menjadikan suasana dalam gua nampak lebih menarik.



“Antara kemudahan yang dinaik taraf iaitu laluan pejalan kaki sepanjang 400 meter, pembelian van pelancong, penambahbaikan fasiliti dan pembelian peralatan gua, cukai dan insurans serta bantuan untuk kos pengurusan koperasi untuk tempoh setahun,” katanya.


Batu besar di muka pintu Gua Sireh yang terbentuk seakan-akan gubahan sireh junjung menarik perhatian pengunjung.




Kerja-kerja menaik taraf Gua Sireh membabitkan kos RM750,000 bawah Projek Eko Pelancongan Warisan Alam telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) selaku agensi pelaksana bermula Mac tahun lalu.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination (MDMD), di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengurus Besar Keda, Ismasuhaimi Shariff dan Pegawai Daerah Baling, Datuk Abdul Ghafar Yahya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut Program Desa Lestari katanya, Kedah merupakan salah satu negeri yang tidak terkecuali daripada menerima bantuan geran dan merupakan antara negeri tertinggi menerima geran ini dengan peruntukkan sebanyak RM15.2 juta.


"Sebanyak 16 buah kampung telah berjaya menerima geran ini bagi menjalankan projek enam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan peruncitan dan berjaya menjana jumlah pendapatan kasar sebanyak RM12.3 juta," katanya.


Ramlan bergambar bersama tetamu dan penduduk kampung ketika merasmikan Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination di Baling pada Selasa.




Antara Desa Lestari di Kedah yang berjaya menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pendapatan kasar tertinggi sejak tahun 2014 hingga 2023 ialah Kampung Asam Jawa Pendang (RM4 juta), Kampung Kilim, Langkawi (RM3.5 juta) dan Kampung Ulu Legong, Baling (RM1.4 juta).

Katanya lagi, dalam usaha merancakkan program pelancongan desa, KKDW telah merancang untuk mengadakan Program My Desa My Destination (MDMD) sebagai Quick Win KKDW 2023/2024 serta berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.




Program ini berpotensi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung domestik mahupun antarabangsa untuk memilih destinasi percutian, sekali gus memberi pulangan kepada pengusaha pelancongan desa di negeri ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.095410 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list