CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5385|Reply: 0

[Selangor] 10km naik motor COD barang, akhirnya pelanggan minta ‘return’

[Copy link]
Post time 20-2-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular di media sosial luahan beberapa penghantar barang (rider) yang kesal dengan sikap pelanggan apabila pembelian secara cash on delivery (COD) seolah-olah dipermainkan.

Kata mereka, ramai pelanggan yang secara tiba-tiba ingin membatalkan pesanan mereka sewaktu pihak penghantar sudah tiba di pintu rumah.

Antara alasan yang popular diberi adalah, kehabisan wang tunai di tangan, sudah tidak berminat dengan barangan tersebut dan pemilik barang tiada di rumah.

Selain itu, ada juga penghantar barang menceritakan terdapat segelintir pelanggan yang langsung tidak keluar dari rumah setelah dipanggil berulang kali sehingga mereka terpaksa menunggu berjam-jam di luar pagar.

“Panggilan juga tak diangkat. Memang ramai rider kena ‘sidai’ dengan pelanggan COD. Tahu pesan, barang tak nak bayar. Seronok main tekan-tekan nak nampak macam berduit. Memang menyusahkan,” luah pemilik akaun TikTok @Zulzul99.

“Antara masalah pembelian COD, melayan ragam pelanggan. Sekali hantar bukannya jarak dekat ada mahu sampai 10km (kilometer). Kadang pergi balik 20km. Sia-sia sahaja bila pelanggan minta ‘return’ (pulang semula).

“Belum lagi perangai pelanggan yang bila kita sampai dia boleh pula kata kejap-kejap, sampai 30 minit kejapnya akhirnya kata tak ada duit. Minta sabar sahaja lah dugaan begini,” kongsi pemilik akaun TikTok @norsyam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... nggan-minta-return/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.081333 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list