CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6875|Reply: 0

[Selangor] Soalan matematik tahun 4 jadi perdebatan

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Soalan matematik tahun empat yang dimuat naik di aplikasi X.

PETALING JAYA – Tular di media sosial satu soalan matematik tahun empat apabila ia didakwa terlalu kompleks sehingga mengundang perdebatan di media sosial.

Menerusi perkongsian di aplikasi X Siti Raudzah Ghazali, dia memuat naik foto soalan tersebut selain menyatakan supaya ibu bapa dan anak-anak kekal cekal dan tabah.

Berdasarkan foto itu, secara ringkas, soalan itu meminta untuk mengira jarak pergi dan balik dari sebuah rumah ke perpustakaan awam serta menukar ukuran unit daripada kilometer ke meter.

Dalam pada itu, catatan di soalan terbabit yang menggunakan kaedah algebra bagi menyelesaikan pengiraan itu dikatakan tidak sesuai dengan tahap murid tahun empat.

“Memang lah soalan ‘twist’ (pusing) sedikit. Tapi ini tahun empat. Budak-budak yang dalam kepala fikir main sahaja, tiba-tiba kena fokus belajar macam nak ambik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Ummul.

“Senang bagi orang dewasa, senang bagi anak-anak yang intelek tinggi. Namun, sukar bagi mereka yang intelek rendah dan bagaimana pula anak-anak di desa,” soal Jalalludin.

“Kementerian kena betulkan semula format. Sepatutnya silibus dalam tingkatan empat atau lima jangan letak dalam sekolah rendah. Bukan semua budak senang faham,” jelas Abe.

Bagaimanapun, segelintir pengguna berpendapat bahawa soalan terbabit yang dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) boleh diselesaikan dengan kaedah yang lebih mudah.

“Maaf, fikir luar kotak dan banyakkan latihan kefahaman untuk anak-anak. Jangan salahkan sistem kalau kita sendiri kurang beri pendedahan kepada anak-anak. Jalan kira tak susah mana pun,” kata El.

“Soalan ini lebih kepada pemahaman. Tak perlu pakai X dan Y. Cuma bagi peringkat dewasa, nak mudah pakai algebra. KBAT kan,” ujar Atif.

“Ini soalan standard Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tapi tak perlu guna algebra. Kena guna kaedah lukisan,” jelas Hans.

Hantaran terbabit yang tular sejak kelmarin dilihat sebanyak 808,000 dengan 6,600 tanda suka serta 1,300 komen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -4-jadi-perdebatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.444982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list