Edited by Vellfire at 20-2-2024 06:27 AM
DISELENGGARA: Jalan rosak telah dibaiki pihak MPS sangat dihargai pengguna.
SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting menghargai tindakan pantas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang segera menyelesaikan masalah penduduk.
Pemaju Mukim UPPM Karamunting Ricky Voon berkata, pihaknya pada 8 Februari lalu telah menyampaikan aduan bahawa terdapat jalan yang mendap di hadapan kedai Yapp Syn Kee, Jalan Cecily.
"Pada 19 Februari 2024, MPS telah menyelenggara jalan ini. Saya bagi pihak UPPM Karamunting dan penduduk di sekitar ini mengucapkan terima kasih atas tindakan proaktif ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada 8 Februari lalu, setelah menerima aduan, Ricky telah turun meninjau beberapa masalah yang dihadapi penduduk.
Antara masalah itu adalah mendapan jalan di hadapan Kedai Yapp Syn Kee, Jalan Cecily.
Keadaan permukaan jalan raya yang berbahaya kepada pengguna kini sudah diperbaiki.
|