CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5318|Reply: 0

[Kedah] 'Syukur bangun semula tapi esok, lusa...' - Pesakit barah otak

[Copy link]
Post time 19-2-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode
'Syukur bangun semula tapi esok, lusa...' - Pesakit barah otak


Redzuan Muharam
[email protected]



Muhammad Annuar Rosley masih belum stabil dan berada di wad HSAH. FOTO Ihsan Muhammad Annuar Rosley.




Sungai Petani: "Syukur sangat kerana diizinkan Allah untuk bangun semula tapi tak tahu esok lusa dan hari berikutnya macam mana," luah Muhammad Annuar Rosley.

Muhammad Annuar, 28, menghidap barah otak dan koma selama dua minggu sebelum tersedar kembali.

Kini, Muhammad Annuar masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini dan belum dibenarkan pulang kerana keadaannya yang belum stabil.

"Sebelum ini pun, saya terlantar di rumah dan tak dapat buat apa melainkan baring kerana memang tak sihat.
"Difahamkan, ketumbuhan di otak saya semakin besar dan itu sebabnya saya koma.





"Selepas tersedar pun, saya jadi macam 'mamai' mungkin kerana kesan ubat dan belum stabil sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Annuar berkata, doktor mengesyorkannya menjalani pembedahan pada tempurung kepala sebagai salah satu cara untuk merawat penyakitnya.

"Bagaimanapun, doktor cakap risiko tinggi jadi keluarga macam berat nak beri persetujuan untuk saya jalani pembedahan itu.

"Jadi, saya bergantung dengan ubat dahulu dan mungkin akan ada perbincangan lanjut antara keluarga dan doktor membabitkan hal pembedahan itu.

"Buat masa ini, abang, emak dan abah bergilir-gilir menjaga saya di hospital.

"Mujur ada mereka dan saya berharap sangat dapat sembuh kerana runsing memikirkan penyakit kerana keluarga bukan orang senang malah banyak juga duit diperlukan untuk menanggung saya yang tidak bekerja," katanya.

Justeru, Muhammad Annuar berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan buatnya bagi meringankan beban keluarganya.

"Malu nak meminta tapi saya terpaksa kerana tak tahu macam mana lagi cara untuk dapatkan dana.

"Tapi jika tak menyumbang pun, memadai jika ramai mendoakan saya sembuh," katanya.

Terdahulu, laporan muka depan Harian Metro melaporkan kisah penderitaan Muhammad Annuar yang buta mata kanan selain menghidap barah.

Dia turut berkongsi derita dengan abang sulung, Mohd Rizuan Rosley, 32, yang menghidap barah tahap dua dan mengenepikan sakit ditanggung dengan berkorban mencari rezeki menyara keluarga.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0211641100045613 atas nama Muhammad Annuar Rosley.



Disiarkan pada: Februari 19, 2024 @ 6:28pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.294117 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list