CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9782|Reply: 0

[Selangor] Tahun Melawat Selangor 2025 sasar tujuh juta pelancong, promosi tumpu kepada ekopelancongan

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Selangor menjadi antara lokasi popular dalam kalangan pelancong di negeri ini. - Foto Portal Kerajaan Negeri Selangor

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara melawat negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata sasaran itu dibuat berdasarkan kenyataan bahawa sektor perkhidmatan melalui industri pelancongan merupakan penyumbang tertinggi, menjangkau 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2022.

Katanya, tahun lalu Selangor mencatatkan ketibaan 6.54 juta pelancong ke negeri ini berbanding sasarannya lima juta, dan tahun ini ia menyasarkan kunjungan 5.6 juta pelancong, yang merangkumi 4.5 juta pelancong domestik dan

selebihnya pelancong antarabangsa.



"Sekarang saya sedang mempergiatkan ecotourism, tahun ini kita sudah kenal pasti lokasinya iaitu anjung utara dan anjung selatan berserta pakej yang menarik dan berbaloi kepada semua pelancong. Anjung utara membabitkan daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor manakala anjung Selatan di daerah Sepang dan Kuala Langat," katanya pada program Temu Bual Radio terbitan Bernama Radio, hari ini.

Ng berkata, pihaknya dengan kerjasama Tourism Selangor giat melaksanakan promosi 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!' bagi segmen domestik dan`Splendid Selangor, Take Me Anywhere! di peringkat global.

"Selangor ada kelebihan...penerbangan akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 atau Subang, semua itu di Selangor, jadi kita kena bagi pendedahan kepada pelancong bahawa kalau nak melancong, pusing Selangor dahulu (kemudian) barulah ke negeri lain," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ncong-promosi-tumpu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.171706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list