CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10100|Reply: 0

[Selangor] Rakyat Malaysia di Singapura, Brunei terima gaji cecah RM64,000 sebulan

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pendapatan rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan Brunei dilihat berada pada tahap mewah apabila ada yang mampu meraih sehingga RM64,000 sebulan.

Perkara itu dibuktikan menerusi laporan kajian yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, kira-kira 66.7 peratus tenaga kerja Malaysia yang bekerja di Singapura menerima gaji kasar di antara SGD1,500 (RM5,330) hingga SGD3,599 (RM12,780) sebulan dan 18.5 peratus menerima gaji di antara SGD3,600 (RM12,800) hingga SGD9,999 (RM35,530).

Katanya, bagi mereka yang bekerja di Brunei pula, 41.3 peratus menerima gaji kasar bulanan di antara BND1,000 (RM3,550) hingga BND3,000 (RM10,660) dan 43.5 peratus lagi menerima pendapatan sekitar BND3,001 (RM10,670) hingga BND10,000 (RM35,550).

Tambah Mohd. Uzir, terdapat juga rakyat Malaysia yang menerima gaji melebihi RM35,000 sebulan.

“Jumlah gaji kasar bulanan tertinggi yang direkodkan di Singapura adalah SGD18,000 (RM64,000) dan BND15,000 (RM53,300) di Brunei.

“Analisis juga mendapati bahawa lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang bekerja dengan kelulusan SPM atau setara bekerja sebagai pekerja mahir dan separa mahir di kedua-dua negara ini.

“Bagi pekerja yang mempunyai kelulusan sarjana muda dan bekerja sebagai pekerja mahir di kedua-dua negara ini, majoritinya berumur 25 tahun hingga 34 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir memberitahu, didapati majoriti daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Brunei merancang untuk terus berkhidmat di negara-negara tersebut.

“Selain itu juga didapati kecenderungan rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei Darussalam untuk berhijrah lebih tinggi berbanding dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Antara faktor utama kenapa rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura atau di Brunei Darussalam adalah peluang pekerjaan dan persekitaran kerja yang baik, gaji yang lebih lumayan serta kadar pertukaran mata wang Singapura dan Brunei Darussalam yang tinggi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ah-rm64000-sebulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.346967 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list