CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6694|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Terima kasih Koperal Christopher

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode

TINDAKAN pantas anggota trafik mengiringi sepasang suami isteri ke hospital membantu pasangan itu menyambut anak mereka dengan selamat.

Kuala Lumpur: "Terima kasih Koperal Christopher," kata Muhammad Hasnan Hassan selepas anggota polis trafik itu mengiring dirinya dan isteri ke hospital.

Muhammad Hasnan, 34, berkata, dalam kejadian pada 9.30 malam 13 Februari lalu itu, dia dan isteri sedang dalam perjalanan dari Bandar Penawar, Kota Tinggi, menuju ke sebuah hospital pakar bagi membuat pemeriksaan.

"Ketika berada di Lebuhraya Skudai, isteri mengadu ketubannya pecah dan saya terus pasang lampu kecemasan untuk berhenti di bahu jalan.

"Ketika itu saya dalam keadaan panik tetapi belum sempat kereta berhenti sepenuhnya seorang anggota trafik yang kebetulan berada di lokasi bertanyakan apa yang terjadi," katanya kepada Harian Metro hari ini.



Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, selepas menjelaskan situasi yang dihadapi mereka tanpa berfikir panjang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara terus mengiringi kenderaan mereka ke hospital.

"Anggota polis berkenaan arahkan saya ikut motosikalnya dari belakang dan saya beritahu kepadanya kami mahu ke hospital pakar kerana memang 'check-up' di sana.

"Mungkin dia tidak dengar permintaan itu lalu terus menghala ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) tetapi setibanya di wad kecemasan saya minta untuk bawa ke hospital pakar terbabit kerana memang ke situ dari awal kandungan," kata jurutera itu.

Menurutnya, tanpa banyak soal anggota trafik terbabit terus mengiringi mereka sehingga ke hospital pakar itu, malah anggota itu berkenaan menunggu sehingga semua urusan kemasukan selesai.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu dia tidak sempat untuk berbual panjang dengan anggota polis terbabit lalu membuat keputusan untuk berkongsi kejadian itu di media sosial.

"Saya tak dapat borak apa sangat dengan anggota polis itu sehingga saya muat naik di Facebook dan rakan-rakan anggota itu 'tag' beliau.

"Dari situ baru saya berjaya hubungi anggota trafik berkenaan dan minta nombor telefon serta mengucapkan jutaan terima kasih atas pertolongan yang diberikan," katanya.

Muhammad Hasnan berkata, atas pertolongan Koperal Christopher Dennis, itu isterinya, Siti Amira Aziz, 30, selamat melahirkan anak ketiga mereka iaitu seorang bayi lelaki beberapa jam selepas kejadian itu.

"Pegawai dan anggota polis teruskan bertugas dengan penuh tekad dan sentiasa ingat pada taklik hakiki tugas walaupun kerap menjadi cemuhan dan jarang mendapat pengiktirafan.

"Yakinlah satu hari nanti akan ada mereka yang memerlukan jasa dan bakti tuan-tuan yang akan menjadi kenangan manis sepanjang zaman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... koperal-christopher
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.800563 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list