CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6402|Reply: 0

[Selangor] Ini jalan raya atau lesung batu?

[Copy link]
Post time 19-2-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Gambar jalan berlubang yang tular di aplikasi X.

PETALING JAYA – Perkongsian sekeping gambar memaparkan lubang di sebuah jalan raya mendapat perhatian netizen di media sosial.

Menurut pengirim gambar berkenaan, lubang tersebut berada di sebatang jalan berhampiran pusat beli-belah One Utama.

“Alamak, lubang yang sangat dalam dekat One Utama.

“Sudah laporkan pada e-aduan MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) semalam. Mari lihat berapa lama ia akan diperbaiki,” kata hantaran tersebut.

Gambar berkenaan juga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga ada yang menyamakan lubang tersebut seperti batu lesung.

“Ini bukan lopak, ini mangkuk lesung,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Puteri.

“Boleh buat pertandingan ‘bay blade’ (gasing) di situ,” seloroh Dybowski.

Selain itu, ada juga pengguna yang memaklumkan lubang berkenaan sudah berada di situ sejak November tahun lalu.

“Saya terlanggar lopak ini minggu lepas! Terasa tayar kereta tenggelam dengan bunyi yang kuat. Memandangkan awak dah laporkan, kita tengok bila mereka akan betulkan,” kata Annoyed Malaysian.

“Lopak? Nampak macam kolam. Ini gila!,” kata Firdaus.

“Ini kalau motosikal lalu, terpelanting terus penunggang,” kata Din.

Sehingga kini perkongsian tersebut telah mendapat lebih 300,000 interaksi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... a-atau-lesung-batu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.089289 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list