CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7384|Reply: 0

[Sabah] Penganjuran bersama majlis berkhatan bermanfaat kepada masyarakat

[Copy link]
Post time 19-2-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Pengerusi PMBS Tanjung Aru, Pg Alliyuddin (tiga kanan) menyampaikan bantuan kepada Ekah.

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Tanjung Aru berkerjasama dengan Pejabat Parlimen Putatan bagi menjayakan majlis berkhatan beramai ramai anak-anak Kampung Tanjung Aru.

Majlis itu turut mendapat kerjasama dari Surau Al-Amin Kg Tanjung Aru Baru.

Seramai 30 kanak-kanak telah dikhatankan pada majlis itu. Program itu dirasmikan wakil Menteri Kerja Raya, Suffian Imam Matin.

Suffian yang juga Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmy Yahya dalam ucapannya berterima kasih jepada pihak penganjur majlis itu.

Katanya, program seumpamanya mampu meringankan beban ibu bapa dari segi kos berkhatan.

Dalam majlis  itu, PMBS Tanjung Aru turut menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada Pengerusi Surau Al-Amin Ekah Jalani dan Penasihat Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru (MAKTA).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056030 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list