CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5981|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usia baru 2 tahun, Khalish derita barah saraf tahap empat, tak dapat melihat

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Khalish Arjuna Harizan bersama ibu, Norhatilah Ahmad. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN: Usianya baru dua tahun, namun Mohamad Khalish Arjuna Harizan bukan sahaja diuji dengan derita kanser neuroblastoma tahap empat, malah turut hilang deria penglihatan dan tidak dapat melihat sejak Julai lalu.

Kanser neuroblastoma adalah barah paling utama ditemui dalam kalangan bayi dan selepas ketumbuhan otak, ia kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, adakala boleh juga menyerang kanak-kanak lebih dewasa.

Ia juga dirujuk sebagai kanser sistem saraf simpatik.

Ibu Mohamad Khalish, Norhatilah Ahmad, 40, berkata penyakit anak bongsu daripada lima beradik itu dikesan selepas ada benjolan pada dahi, mata kanan menjadi juling dan tidak memberi tindak balas ketika dipanggil.



Bimbang dengan keadaan itu, kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan dan selepas melakukan beberapa ujian, doktor mengesahkan ada ciri-ciri kanser pada pangkal hidungnya.

"Sekelip mata penglihatannya 'diambil', namun sejak itu, deria pendengarannya jadi sensitif dengan pergerakan bunyi di sekitar. Malah dia juga tahu kalau ada orang berdekatan, hanya dengan bau badan orang itu dan saya anggap ia sebagai anugerah," katanya yang tinggal di Bagan Serai, Perak.

Menurut suri rumah berkenaan, kesihatan Mohamad Khalish semakin baik selepas lapan sesi kemoterapi dan pembedahan pada Januari lalu dan tetap cerdas seperti kanak-kanak lain seusia, namun masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan matanya.

"Ibu mana tak sedih, tapi saya tak berani persoal takdir Allah SWT. Hanya pastikan dia terima rawatan yang wajar sepanjang hayatnya. Kepada ibu bapa yang kesihatan anak mereka diuji, moga dapat hadapi dengan tabah.

"Anggap segalanya bukan pengakhiran tetapi satu 'perjalanan'," katanya yang ditemui ketika hadir bersama Mohamad Khalish pada Program 'FOCCAN Day Out' di Taman Jajar, Jalan York, di sini.

Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib, berkata program itu dijayakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan disertai lebih 70 kanak-kanak penghidap kanser dari sekitar negeri di utara.

"Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna, memanah, sukaneka dan pertunjukan tarian singa. Juga sesi perkongsian dengan ibu bapa kira-kira 20 pesakit baharu supaya mereka tahu ada pelbagai pihak memberi sokongan terhadap pemulihan anak mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... hap-empat-tak-dapat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.615603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list