CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6623|Reply: 0

Sheffield United makin hampir turun divisyen

[Copy link]
Post time 19-2-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Brighton, Danny Welbeck (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield lewat malam tadi. – Foto REUTERS

SHEFFIELD, England: Brighton menekan Sheffield United untuk menghampiri penyingkiran ketika kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengaku kalah selepas Mason Holgate dibuang padang ketika dibelasah 5-0 di Bramall Lane lewat malam tadi.

Pertahanan United, Holgate dilayangkan kad merah pada babak pertama susulan terjahan keras ke atas Kaoru Mitoma.

Brighton menggunakan sepenuhnya ketiadaan Holgate apabila Facundo Buonanotte dan Danny Welbeck meledak gol dalam tempoh yang pantas.

Gol sendiri Jack Robinson pada babak kedua disusuli dengan dua gol lewat Simon Adingra, menyebabkan Blades mengalami kekalahan keenam dalam sembilan aksi terakhir liga.



Pasukan kendalian Chris Wilder dipisahkan tujuh mata berbanding zon selamat dengan berbaki 13 perlawanan dalam usaha berjuang mengelak turun semula ke Liga Kejuaraan.



Pemain pertahanan Sheffield United, Anel Ahmedhodzic (kiri) menekup mukanya selepas pemain Brighton, Simon Adingra menjaringkan gol kelima pada aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield lewat malam tadi. – Foto REUTERS

United melepaskan 65 gol dalam EPL musim ini dan ia adalah yang terbanyak oleh mana-mana pasukan dalam sejarah bagi 25 aksi pertama mereka dalam pertandingan itu.

"Mason perlu bertanggungjawab kerana keputusannya menjejaskan kami dan perancangan kami akhirnya menjadi ke laut," kata Wilder.

"Anda perlu mempunyai perancangan perlawanan yang tepat menentang Brighton kerana apa yang mereka boleh lakukan untuk memecah benteng anda.

"Adalah sukar apabila perkara seperti itu, yang sudah tentu menjejaskan diri sendiri terjadi kepada anda."

Kemenangan ke atas satu lagi pasukan bermasalah Luton hujung minggu lalu mencetus sedikit harapan buat Blades untuk mengelak penyingkiran namun mereka kini semakin tertekan dengan kekalahan terbaharu.

Brighton tidak menang dalam enam perlawanan terakhir EPL di gelanggang lawan tetapi mereka menang 5-2 di Bramall Lane pada pusingan keempat Piala FA Januari lalu dan menamatkan kemarau kemenangan itu sekembalinya ke Yokrshire. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... mpir-turun-divisyen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068037 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list