CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6670|Reply: 0

Rayo terlalu liat buat Madrid

[Copy link]
Post time 19-2-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Real Madrid, Joselu meraikan golnya ketika menentang Rayo Vallecano pada aksi La Liga di Stadium Vallecas, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

MADRID: Pendahulu La Liga Sepanyol, Real Madrid kecewa apabila seri 1-1 di kelab jiran Rayo Vallecano awal pagi tadi tetapi melebarkan kelebihan mereka di puncak carta kepada enam mata.

Joselu meletakkan pelawat di depan seawal minit ketiga tetapi bekas pemain remaja Madrid, Raul de Tomas menyamakan kedudukan buat Rayo menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 dalam perlawanan pertama kendalian Inigo Perez sebagai jurulatih kelab itu.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti melebarkan pendahuluan mereka ke atas pencabar kejuaraan Girona sebelum kelab kerdil Catalunya itu berdepan Athletic Bilbao awal pagi esok.

Selepas Los Blancos membelasah Girona hujung minggu lalu untuk mendahului lima mata dalam perebutan kejuaraan, keputusan seri itu membolehkan pencabar terdekat mereka untuk merapatkan jurang.


Dani Carvajal dibuang padang pada masa kecederaan buat Madrid selepas jelas menyiku Kike Perez.



Penjaga gol Real Madrid, Andriy Lunin gagal menyelamatkan sepakan penalti penyerang Rayo Vallecano, Raul de Tomas (tidak kelihatan) pada aksi La Liga di Stadium Vallecas, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

"Kami perlu menang semua perlawanan kami, tetapi untuk memenangi liga, perlawanan yang anda tidak boleh menang, anda tidak boleh kalah," kata Ancelotti kepada wartawan.

"Kadang-kadang seri juga boleh merimaskan anda tetapi ia mungkin satu langkah positif buat kami untuk semakin hampir menjuarai liga."

Real Madrid hanya mengalami satu kekalahan dalam liga utama dan tidak kalah dalam 19 perlawanan liga berturut-turut.

Rayo, yang menghuni tangga ke-14, memecat Francisco Rodriguez awal minggu lalu dan melantik Perez sebagai penggantinya.

Los Blancos turun tanpa penjaring gol terbanyak Jude Bellingham, yang kini sedang memulihkan diri daripada kecederaan buku lali. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... lu-liat-buat-madrid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list