CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 0

[Sabah] Lebih 1,200 tetamu hadir pada perayaan Tahun Baharu Cina Sandakan

[Copy link]
Post time 18-2-2024 08:46 PM | Show all posts |Read mode


MENGIRINGI: Tiong (tengah) hadir pada majlis berkenaan, turut kelihatan Chew (kanan) dan Vivian (kiri).

SANDAKAN: Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 kawasan Sandakan diraikan secara meriah apabila lebih 1,200 tetamu hadir pada majlis berkenaan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang turut merasmikan sambutan itu.

Katanya, hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Datuk George Hiew serta ramai lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian, tarian, tarian singa, naga dan banyak lagi.

Chew dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu termasuk masyarakat awam yang hadir pada sambutan berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list