CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8108|Reply: 0

[Kedah] Sibuk dengan SPM, Adawiyah tak abai jaga emak sakit, urus 3 adik

[Copy link]
Post time 18-2-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Norabiatul Adawiyah tekun menelaah sambil menjaga ibu yang terlantar di rumah mereka di Kampung Pegawai, Alor Janggus, Alor Setar, Kedah. - NSTP/ZULIATY ZUKIFFLI

ALOR SETAR: Setiap pagi sebelum ke sekolah, Norabiatul Adawiyah Abd Rahman, 18, akan menguruskan makan minum ibunya yang terlantar akibat kanser payudara serta tiga adik masih kecil ketika dia sendiri bergelut menghadapi peperiksaan penting, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Janggus ini, menjaga ibu, Norhayati Zainon, 46, dan tiga adik bukan sesuatu yang membebankan kerana menganggap ia tanggungjawabnya sebagai anak sulung.

"Biasanya setiap pagi, emak makan biskut atau roti. Balik sekolah, kalau tengok emak tak berdaya bangun, saya yang akan masak dan uruskan rumah seperti cuci pinggan dan pakaian," katanya yang membahagikan masa menjaga ibu dan mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang.

"Walaupun kesihatan emak makin merosot, saya tak patah semangat untuk menjaganya sambil mengulangkaji pelajaran. Saya bercita-cita tinggi nak jadi doktor, walau apa pun berlaku, saya kena belajar untuk SPM yang sedang berlangsung sekarang," katanya.


Kanser payudara menyerang Norhayati kini berada pada tahap empat walaupun penyakit dihidapi sejak hampir lapan tahun lalu itu sebelum ini dilihat beransur sembuh.

"Kanser itu menyerang semula sejak tahun lalu menyebabkan emak lemah, kesihatannya makin teruk. Kanser kini menyerang peti suara, tulang belakang dan paru-paru. Emak kerap demam dan terlantar kerana antibodi dalam badan sudah hilang," kata Norabiatul Adawiyah.

Keluarga itu yang menetap di Kampung Pegawai, Alor Janggus, di sini, dikunjungi Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai dan peralatan dapur, selain akan membantu memberi sokongan moral kepada Norhayati.

Sementara itu, Norhayati berkata, walaupun sakit, dia terpaksa mengggagahkan diri membuat karipap untuk jualan setiap hari bagi membantu suami, Abdul Rahman Abdullah, 46, menampung perbelanjaan harian, persekolahan anak-anak serta kos rawatan hospital.

"Suami hanya kerja buruh dengan pendapatan tak menentu. Kalau boleh, saya nak sihat macam dulu dan sebab itu walaupun kesihatan tak menentu, saya tetap teruskan rawatan di hospital," katanya memaklumkan impiannya jika sihat semula adalah menunaikan umrah.

"Tapi, kami tiada wang simpanan yang semuanya habis digunakan membiayai kos rawatan saya dan menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... k-sakit-urus-3-adik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.540278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list