CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8575|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kadar upah turun, MOT tuntut penjelasan Grab

[Copy link]
Post time 17-2-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) ketika sidang media pembukaan semula laluan Transit Aliran Ringan (LRT) antara Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di Stesen LRT Bandaraya, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menuntut penjelasan daripada syarikat Grab selepas didakwa bertindak menurunkan kadar asas upah sehingga mencetuskan situasi tidak berpuas hati dalam kalangan 'rider'.

Menterinya, Anthony Loke, berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan segenap pemegang taruh berhubung memorandum yang diserahkan kepada wakilnya semalam.

"Memorandum itu kita akan kaji dan kita akan bincang dengan pihak kementerian lain yang terlibat.

"Kita juga akan meminta Grab untuk beri penjelasan," katanya pada sidang media selepas meninjau pembukaan semula Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya di sini, pagi tadi.

Semalam, kira-kira 50 'rider' menyerahkan memorandum berkaitan penurunan kadar asas upah sejak sebulan lalu, yang didakwa memberi impak besar kepada pendapatan harian mereka kerana terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi.

Memorandum diserahkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Menurut wakil pekerja p-hailing, Mohd Adie Ali Nafiah, yang ditemui semalam mendakwa pengumuman syarikat terbabit menurunkan kadar sehingga RM1 disifatkan tidak berbaloi dengan masa, tenaga dan nyawa yang dipertaruhkan.

Mohd Adie berkata, pendapatan bulanan mereka turut terjejas hingga RM1,000 akibat keputusan syarikat terbabit.

Sebelum ini, kadar upah asas bagi dua kilometer (km) ke bawah adalah RM5, namun sejak sebulan lalu, syarikat menurunkan kadar terbabit kepada RM4 hingga RM4.50.

Sementara itu, mengulas insiden nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Loke berkata sebarang kenyataan berkait insiden itu akan dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

"Siasatan akan dibuat oleh BSKU dan sebarang kenyataan berkait fakta juga akan dikeluarkan oleh BSKU," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tut-penjelasan-grab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list