CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9720|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Warga emas ditemukan meninggal dunia atas bumbung

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN bomba menggunakan jentera ALP bagi menurunkan mayat lelaki warga emas dari bumbung. FOTO ihsan Bomba

Ampang: Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.04 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang lelaki berusia 71 tahun tidak sedarkan diri atas bumbung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Ampang.



"Bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama bantuan pasukan polis menurunkan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dunia-atas-bumbung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.873970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list