CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10569|Reply: 0

Inter selesa 10 mata di depan

[Copy link]
Post time 17-2-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez (kiri) meledak gol kedua ketika menentang Salernitana pada aksi Serie A Itali di San Siro, Milan awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MILAN: Inter Milan melebarkan pendahuluan mereka di puncak Serie A kepada 10 mata awal pagi tadi selepas mudah membenam Salernitana 4-0 menjelang pertembungan Liga Juara-Juara dengan Atletico Madrid.

Simone Inzaghi dilihat semakin hampir untuk merangkul kejuaraan liga pertama dalam karier kejurulatihannya dengan pasukan Inter yang bermaharajalela dan tidak memberi sebarang peluang kepada pasukan tangga tercorot Salernitana.

Gandingan serangan Marcus Thuram dan Lautaro Martinez mencetak dua gol dalam tempoh dua minit pada babak pertama untuk mengemudi kemenangan Inter, sebelum Denzel Dumfries menampan masuk gol ketiga lima minit sebelum rehat dan Marko Arnautovic melengkapkan jaringan pada babak berikutnya.

Inter mempamerkan penguasaan mereka yang bermula dengan hampir memenuhi kesebelasan utama impian Inzaghi dan mahu menewaskan musuh setempat AC Milan dengan 20 kejuaraan liga.



"Ia satu perasaan yang hebat kerana pasukan ini bermain di tahap yang benar-benar tinggi... Saya gembira dengannya," kata kapten Inter, Martinez kepada DAZN.



Pemain Inter Milan, Denzel Dumfries menyumbat gol ketiga menentang Salernitana pada aksi Serie A Itali di San Siro, Milan awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Juventus boleh mengurangkan defisit kembali kepada tujuh mata jika mereka menang di kelab bermasalah Verona malam ini.

Namun Inter sudah menang semua lapan perlawanan sejak awal tahun baharu dan kelihatan lebih unggul berbanding pencabar mereka ketika mereka memanaskan badan bagi kunjungan Atleti pada aksi pertama pusingan 16 terakhir awal pagi Rabu ini.

"Ia pastinya satu pasukan berbeza berbanding tahun lalu, kami membuat banyak perubahan tetapi kami perlu cuba terus meningkat dan tidak sabar berdepan perlawanan berikutnya," kata Martinez.

"Selasa ini amat penting buat kami... jadi kami perlu mempunyai pendekatan sama, berehat sedikit dan bermain dengan intensiti yang tinggi." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... sa-10-mata-di-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list