CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7184|Reply: 0

[Sabah] Lelaki samun dua wanita ditahan

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Kalsom semasa memberikan sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dari suku Palauh ditahan selepas menyamun dua wanita di Jalan Gaya, di sini Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, suspek lelaki berumur 18 tahun dari Kampung Pondo, Pulau Gaya itu ditahan kira-kira jam 8 malam berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Gaya.

Katanya, tangkapan dilakukan selepas seorang wanita warga tempatan berumur 35 tahun diserang seorang lelaki sebelum disamun di lorong bahagian belakang sebuah bank di Jalan Gaya pada jam 12.59 tengah hari 15 Februari lalu.

“Hasil siasatan mendapati, semasa kejadian, mangsa yang bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta seorang diri dalam perjalanan ke sebuah kedai berhampiran.

“Secara tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang bertindak menutup mulut mangsa dan menjatuhkan mangsa.

“Mangsa kemudian ditumbuk di bahagian muka dan kepala sehingga mengalami kecederaan, suspek pula melarikan diri sebaik mengambil dompet mangsa,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan turut kehilangan wang tunai sebanyak RM50.00 serta dokumen peribadi.

“Kira-kira jam 7.30 malam hari sama, seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis selepas dikejar orang awam berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Gaya.

“Siasatan mendapati, suspek lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu baharu melarikan telefon bimbit seorang wanita berumur 36 tahun di Jalan Pantai di sini.

“Suspek juga mengaku terlibat dengan kes samun di belakang sebuah bank di Jalan Gaya,” katanya.

Kalsom berkata, suspek akan direman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman
penjara selama 20 tahun dan beserta denda atau sebat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.264689 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list