CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5167|Reply: 0

[Sabah] Tiada halangan guna arang batu sebagai sumber tenaga

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Joachim (tiga kanan) menerima cedera kenangan daripada Madius sambil disaksikan oleh Jonathan (kiri), Rose (tengah) dan Mohd. Yakoob (kanan).

RANAU: Penggunaan arang batu sebagai pendekatan penjanaan tenaga sangat diperlukan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, beliau tiada halangan untuk menyokong usaha penggunaan arang batu berkenaan kerana ia mampu meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga terutama untuk membangunkan industri di Sabah.

Katanya, selain dengan teknologi yang moden, terkini serta canggih, penggunaan arang batu juga adalah bersih atau sama juga dengan fossil petrol.

“Negara maju lain juga juga masih menggunakan arang batu untuk penjanaan tenaga elektrik,” katanya ketika merasmikan majlis penyerahan kunci rumah sumbangan SESB di bawah Projek BMR Peringkat Daerah Ranau di Kampung Langsat, di sini pada Khamis.

Dalam majlis itu, beliau memuji usaha Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menerusi Bantuan Mesra Rakyat (BMR) dapat membantu masyarakat luar bandar hidup dalam keadaan yang lebih selesa, seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Katanya, selain BMR, antara bantuan yang turut diberikan oleh kerajaan ialah melalui Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT), Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pada hari ini kita bersama-sama menyaksikan penyerahan kunci rumah kepada Rose @ Roslinah Daimin," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan terus berusaha untuk membantu golongan miskin serta miskin tegar keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Saya percaya bahawa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SESB ini boleh membantu mensejahterakan kehidupan rakyat tanpa mengira etnik,” katanya.

Joachim turut mengucapkan tahniah kepada Rose dan berterima kasih kepada pihak SESB yang telah memperuntukkan sebuah rumah mempunyai tiga bilik tidur, ruang dapur, ruang tamu dan tandas dengan kos pembinaan sebanyak RM75,000.

“Kerajaan negeri sangat mengalu-alukan program seperti ini. Program bantuan rumah seperti ini bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar terpelihara,” katanya.

Joachim turut berharap pada tahun hadapan, pihak SESB akan menambah lagi jumlah penerima bantuan seumpamanya.

“Kerajaan negeri akan terus melaksanakan program–program kebajikan dan pembangunan sosioekonomi berpaksikan rakyat dan bersasaran spesifik iaitu secara langsung kepada penduduk miskin serta termiskin yang sudah tersenarai dalam sistem e-Kasih,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin, Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar serta tetamu kehormat yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list