CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5161|Reply: 0

[Sabah] Beri kerjasama erat kepada kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Goh (lima kanan) menyampaikan cenderamata kepada Christina.

KOTA  KINABALU: Para ahli Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) diminta untuk memberikan kerjasama erat kepada kerajaan negeri dalam menganjurkan perayaan Tahun Baharu Cina pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata demikian ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina FCAS di sini pada Rabu.

"Seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, kerajaan negeri akan menganjurkan perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri bermula tahun ini.

"Saya berharap semua ahli FCAS dibawah kepimpinan Tan Sri T.C Goh akan memberikan sokongan serta kerjasama penuh untuk memastikan kejayaan acara ini.

"Saya difahamkan FCAS mempunyai seramai 156 ahli," katanya.

Christina berkata, kehadiran lebih 1,000 orang adalah bukti kesatuan erat yang terjalin dalam kalangan komuniti Cina, tanpa mengira latar belakang atau rumpun asal usul mereka.

Dalam pada itu, Goh mengalu-alukan pengumuman yang dilakukan ketua menteri.

Katanya, pendekatan dilakukan kerajaan negeri sangat baik untuk memperkasakan lagi kesatuan dan keharmonian masyarakat Cina yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kumpulan etnik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.085617 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list