CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5083|Reply: 0

[Sabah] Penduduk mahu masalah sistem pembentungan diatasi segera

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Masalah sistem pembentungan yang dialami penduduk rumah pangsa Hsiang Garden perlu diberikan perhatian sewajarnya.

SANDAKAN: Pihak berwajib sekali lagi dipohon untuk segera membaiki sistem pembentungan yang tersumbat di kawasan kedai dan rumah pangsa Hsiang Garden di sini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Datuk Chew Kok Woh berkata, pihak berwajib juga perlu memantau lurang kumbahan yang turut terjejas akibat masalah terbabit.

"Saya sekali lagi mengarahkan Pemaju Mukim Syed Putra Ar-rahim untuk memantau kawasan berkenaan.

"Pada 18 Januari lalu, aduan telah dibuat mengenai masalah ini kepada pihak berwajib, tetapi tindakan sewajarnya masih belum diambil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekali lagi aduan mengenai perkara itu akan disampaikan kepada pihak berwajib.

Sementara itu katanya, Pesta Tahun Baharu Cina Sandakan diadakan pada hari ini di kawasan letak kenderaan pasar Taman Mawar bermula 6 petang sehingga 10 malam.

"Acara ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

"Orang ramai telah dijumput hadir untuk memeriahkan suasana majlis. sebanyak 100 meja disediakan untuk 1,000 tetamu.

"40 meja dikhaskan untuk tetamu jemputan, sementara bakinya untuk orang awam," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072469 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list