CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5327|Reply: 0

[Sabah] Rampasan jongkong emas di Tawau perlu siasatan secara telus

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode


MERIAH: (Gambar atas) Ketibaan Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal disambut tarian singa. Turut sama ADUN Sri Tanjong, Justin Wong (kanan) dan ADUN Merotai Sarifuddin Hatta (tiga kanan). (Gambar bawah) Naib Presiden Presiden Parti WARISAN Datuk Haji Jaujan Haji Sambakong (tiga kiri), Mantan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong (dua kiri), Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui (kanan), Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh, Pemimpin Dewan Perniagaan Cina Tawau serta Persatuan Cina Tawau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina.

TAWAU: Rampasan 110 kilogram jongkong emas di Lapangan Terbang Tawau baru-baru ini perlu siasatan lanjut secara telus supaya hasil negeri tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, isu itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan pendapatan dan ekonomi negeri Sabah.

Katanya, Sabah tidak mempunyai kewangan yang banyak ketika ini dan sangat memerlukan pendapatan daripada hasil yang terdapat di negeri ini.

“Saya difahamkan kes berkenaan tidak dikenakan sebarang tindakan dan jongkong emas itu diberikan kebenaran untuk dibawa keluar.

“Ia menjadi persoalan kita bagaimana hasil emas berkenaan boleh dibawa menggunakan pengangkutan kapal terbang dan adakah ia sudah dikenakan cukai,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti WARISAN bahagian Tawau dan Kalabakan, di sini semalam.

Menurutnya, pengurusan kekayaan hasil Sabah perlu dilakukan dengan sebaiknya tanpa sebarang ketirisan ataupun kepentingan pihak tertentu.

Katanya, setakat ini, kita tidak tahu adakah hasil emas yang didapati di Lapangan Terbang Tawau itu pertama kali ataupun sudah banyak kali dilakukan.

“Hasil kekayaan kita tidak boleh diurus sambil lewa kerana cukai yang sepatutnya dikenakan akan memberikan pulangan untuk pembangunan negeri.

“Kita juga perlu tahu emas yang dijumpai itu datang dari mana kerana kita tidak mahu Tawau turut menjadi pusat transit hasil emas secara haram,” katanya.

Sementara itu Shafie berkata, status syarikat yang mengendalikan aktiviti melombong emas di Tawau juga masih diragui sama ada ia mempunyai lesen ataupun dilakukan secara haram.

“Saya akan berjumpa dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam bagi mengetahui status perlombongan yang ada di daerah Tawau.

“Perkara ini juga akan saya suara di Parlimen kerana ia juga melibatkan masalah persekitaran sekiranya aktiviti melombong berkenaan tidak dipantau dengan sebaiknya,” katanya.   

Mengulas mengenai majlis ini, Shafie berkata, sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina sebegini dapat menyatupadukan semua rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Saya sangat gembira dengan kehadiran penduduk di daerah ini bagi memeriahkan sambutan yang diadakan di peringkat bahagian Tawau dan Kalabakan.
“Saya berharap perpaduan kaum yang ada di negeri ini dapat ditingkatkan dan dikekalkan sampai bila-bila,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list