CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28082|Reply: 0

[Sabah] ADUN Kunak akan ambil tindakan undang-undang penyebar video fitnah

[Copy link]
Post time 15-2-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode


KUNAK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Norazlinah Arif mempertimbangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasilkan serta menyebarkan video berunsur fitnah tular di laman sosial media malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kunak, Bahri Lakile berkata ini bertujuan bagi melindungi reputasi dan kredibilitinya Norazlinah Arif selaku Wakil Rakyat.

Katanya, semalam sedang beredar satu klip video yang mendakwa seolah-olah Datuk Norazlinah Arif terlibat dengan satu salahlaku memalsukan dokumen sekali gus sedang dijejaki oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam klip video tersebut memaparkan kononnya Norazlinah Arif terlibat memalsukan dokumen berbentuk lesen PUKONSA bagi melaksanakan kerja-kerja kontrak melalui peruntukan ADUN.

“Saya melihat bahawa tuduhan tersebut sangat jelas tidak berasas serta berniat jahat berdasarkan beberapa perkara seperti semua peruntukan kerajaan negeri Sabah adalah diuruskan melalui Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bahri berkata, dalam Jawatankuasa Pejabat Daerah tiada penglibatan ADUN Kunak bagi kendalikan Sebut Harga, Penilai dam Pemutus untuk melantik kontraktor.
“Hasil semakan awal mendapati salinan lesen yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah disahkan benar oleh Pejabat Daerah Kunak.

“Wakil Rakyat Kunak, tidak mempunyai sebarang kepentingan atau kaitan dengan pemilikan lesen yang dimaksudkan.

“Saya yakin dan ingin menegaskan kandungan serta penyebaran video tersebut adalah tidak berasas sekali gus berniat jahat bertujuan menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya sebagai wakil rakyat Kunak,” jelas Bahri.

Jelas beliau lagi, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran syarat serta kesalahan dalam urusan tersebut ia sepatutnya dirujuk kepada Pejabat Daerah Kunak yang menerima serta mengesahkan salinan lesen yang dimaksudkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066276 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list