CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6039|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu maklumat SKMM

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Nik Elin Zurina.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan ugutan bunuh terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Ia susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.

Katanya, satu kertas siasatan telah selesai manakala dua lagi masih dalam tindakan.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita dah buka tiga kertas siasatan di mana satu telah selesai serta diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan dua lagi dalam siasatan.

“KIta masih menunggu laporan SKMM dan sebagainya, apabila kita dapat (laporan), ia akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada TPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelupusan Barang Kes JSJ IPK KL di Balai Polis Alam Damai, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak polis telah mengenal pasti individu terlibat, namun tiada sebarang tangkapan setakat ini.

Dalam pada itu, Allaudeen meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu ini sebagai polemik.


Allaudeen (dua dari kanan) menunjukkan barang kes bakal dilupus pada Majlis Pelupusan Barang Kes JSJ IPK KL di Balai Polis Alam Damai, Cheras, hari ini.

“Isu ini berkaitan bidang kuasa membuat undang-undang antara Parlimen dengan Dewan Undang Negeri sepertimana kita lihat dalam penghakiman.

“Jadi, jangan kita terarah ke isu lain. Selepas selesai siasatan, pendakwaan akan putuskan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Nik Elin Zurina memaklumkan beliau menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 pada Februari 9 memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... nggu-maklumat-skmm/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.268811 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list