CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6043|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lawan arus, dua penunggang motosikal maut

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Lawan arus, dua penunggang motosikal maut


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



KEADAAN dua motosikal yang rosak selepas penunggang kenderaan terbabit bertembung dalam kemalangan di Jalan Besar, Sungai Jawi. FOTO ihsan pembaca




Nibong Tebal: Kecuaian seorang lelaki menunggang motosikal melawan arus menyebabkan dia dan seorang lagi penunggang maut selepas kedua-dua kenderaan bertembung di Jalan Besar, Sungai Jawi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa, G Ramachandran, 57, yang menunggang motosikal SYM BX110 dan Mohammad Asraf Denial Mohd Mokhtar, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Y15Zr meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian penunggang motosikal SYM BX110 yang menunggang secara melawan arus.

"Motosikal itu yang datang dari arah Nibong Tebal melawan arus untuk masuk ke Taman Jawi Jaya sebelum dilanggar dari depan iaitu arah Sungai Bakap oleh Yamaha Y15Zr.

"Impak daripada pertembungan itu menyebabkan kedua-dua penunggang mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kemalangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian penunggang motosikal berusia 22 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Panchor, manakala mangsa berusia 57 tahun pula mahu ke tempat kerja di Depo Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

"Polis kini sedang mengesan saksi awam bagi membantu siasatan kes ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Februari 15, 2024 @ 3:33pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list