CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7774|Reply: 0

[Sabah] Ruslan cadang lima sekolah kebangsaan uzur dinaiktaraf, dibina di lokasi baharu

[Copy link]
Post time 15-2-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-2-2024 07:09 AM



ALBUM: Sebahagian Ketua-Ketua Adat yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Ruslan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina MAN DUN Lumadan yang diadakan.

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam mencadangkan supaya lima buah Sekolah Kebangsaan (SK) yang uzur di Lumadan bukan sahaja dinaiktaraf tetapi juga dipindahkan ke lokasi baharu.

Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu, ini kerana terdapat empat buah sekolah iaitu SK Lingkungan, SK Bukau, SK Lago dan SK Suasa sering dilanda banjir dan situasi itu dikhuatiri menjejaskan pembelajaran para murid.

SK Lumadan pula katanya, selain dalam keadaan yang usang sekolah berkenaan memiliki kawasan yang amat terhad dan keadaan itu tentunya menyukarkan perancangan untuk membina blok bangunan baharu apabila tiba masanya nanti.

"Semua sekolah ini perlu segera dipindahkan ke satu lokasi sesuai yang sudah dikenal pasti namun memerlukan perbincangan dengan pemimpin masyarakat di kampung masing-masing.

"Pada masa sama, saya juga akan mengemukakan permohonan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk kebenaran menggunakan beberapa ekar tanah milik agensi kerajaan negeri.

"Situasi ini mendesak khususnya di empat buah sekolah yang sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat hingga menjejaskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PnP)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Mahkamah Anak Negeri DUN Lumadan, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut mengemukakan cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padas Damit.

Menurutnya, ia perlu kerana sekolah sedia ada yang berdekatan iaitu SMK Gadong dilihat sudah tidak mampu menampung pertambahan kemasukan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun.

"Pembinaan SMK Padas Damit perlu bagi menampung pertambahan pelajar di kawasan ini dan pada masa sama, sebagai persediaan di masa depan bagi mengelak berlaku kesesakan pelajar.

"Persediaan untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang, maknanya jika cadangan ini diluluskan, kita sudah boleh menggazet tanah lebih awal bagi tapak pembinaan SMK Padas Damit ini.

"Mencari tapak sesuai bukan mudah, namun jika sudah mempunyai tapak lebih awal akan memudahkan pembinaan sekolah ini tanpa perlu menunggu lama," katanya.

Ruslan turut memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort mengenai keperluan semua sekolah terbabit agar dapat dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/15/ruslan-cadang-lima-sekolah-kebangsaan-uzur-dinaiktaraf-dibina-di-lokasi-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060536 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list