CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6698|Reply: 0

UEFA tambah nilai hadiah Liga Juara-Juara Eropah

[Copy link]
Post time 15-2-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Manchester City mampu menjadi kelab pertama meraih hadiah kemenangan melebihi 100 juta pound (RM600 juta) jika berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara Eropah. - Foto AFP

LONDON: Manchester City mampu menjadi kelab pertama meraih hadiah kemenangan melebihi 100 juta pound (RM600 juta) jika berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) meningkatkan jumlah bayaran bonus sepanjang pertandingan, dengan bayaran untuk juara tahun lalu mencecah 85 juta pound (RM510 juta).

City membawa pulang lebih 2 juta pound (RM12 juta) bagi setiap perlawanan di peringkat kumpulan - merakam enam kemenangan berturut-turut untuk menjuarai kumpulan yang turut dibarisi RB Leipzig, Young Boys dan Red Star Belgrade.

Sekiranya mereka mengekalkan kelebihan 3-1 ke atas Copenhagen dalam aksi timbal balik 16 terakhir bulan depan, skuad kendalian Pep Guardiola akan menerima tambahan 9 juta pound (RM54 juta) kerana mara ke suku akhir untuk tujuh musim berturut-turut.



City juga bakal menerima bayaran lebih tinggi untuk hak penyiaran selepas Manchester United dan Newcastle United gagal layak ke pusingan kalah mati.

Bayaran untuk peringkat kalah mati Liga Juara-Juara tahun ini:

13.3 juta pound (RM79.8 juta) - peruntukan peringkat kumpulan

14.3 juta pound (RM85.8 juta) - bonus kemenangan peringkat kumpulan

8.2 juta pound (RM49.2 juta) - layak ke pusingan 16 akhir

9 juta pound (RM54 juta) - layak ke suku akhir

10.7 juta pound (RM64.2 juta) layak ke separuh akhir

13.2 juta pound (RM79.2 juta) - layak ke final

3.8 juta pound (RM22.8 juta) - juara

3.8 juta pound (RM22.8 juta) - juara Piala Super

28.1 juta pound (RM168.6 juta) - bonus ranking

Tambahan 33 juta pound (RM198 juta) turut diberi untuk kemaraan ke peringkat berbeza musim ini.

Pengendali City, Pep Guardiola yakin dengan peluang pasukannya mempertahankan gelaran musim ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -juara-juara-eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list