CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6328|Reply: 0

[Perlis] Jejantas hubungkan Stesen KTMB, ICQS Padang Besar dibuka semula selepas 4 tahun

[Copy link]
Post time 15-2-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Jejantas pejalan kaki menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar dan Kompleks ICQs Padang Besar dibuka semula selepas empat tahun ditutup. - Foto FB IZIZAM IBRAHIM

PADANG BESAR: Selepas hampir empat tahun ditutup, jejantas menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar ke Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar, akhirnya dibuka semula.

Jejantas pejalan kaki sepanjang 350 meter itu ditutup 1 September 2020 oleh Jabatan Imigresen Perlis berikutan faktor keselamatan selepas beberapa siri penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba bolos ke negara ini menggunakan laluan jejantas sehingga kawasan ICQs.

Penutupan juga untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf koridor pejalan kaki yang disambungkan dengan jejantas berkenaan untuk keluar dari Kompleks ICQs menuju Bulatan Padang Besar yang dibiayai kos RMRM250,000.

EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis, Izizam Ibrahim, berkata pembukaan jejantas dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu hasil perbincangan pihaknya dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jabatan Imigresen.



"Mereka sebulat suara bersetuju untuk membuka semula jejantas berkenaan bagi kemudahan orang ramai yang turun di stesen kereta api menuju Arked Niaga Padang Besar dan kawasan sekitarnya. Jejantas ini dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

"Sepatutnya ia dibuka November lalu, namun terpaksa ditunda bulan demi bulan atas sebab tertentu. Kita berjaya selesaikan antara dua hingga tiga perkara berbangkit berhubung keselesaan pengunjung yang turun di stesen kereta api.

"Namun, ada beberapa perkara perlu ditambah baik selepas ini. Ia termasuk kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) menggunakan kerusi roda untuk melalui jejantas kerana hanya disediakan tangga. Untuk sementara, mereka mungkin terpaksa guna khidmat teksi atau kenderaan e-hailing," katanya.

Ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, beliau berkata, pembukaan semula jejantas itu dilihat akan menyebabkan pendapatan pemandu teksi dan e-hailing membawa pelancong ke tempat beli-belah seperti Arked Niaga Padang Besar atau Padang Waremart terjejas.

"Saya ada bertemu mereka bagi mencari solusi terbaik dalam hal ini. Selain itu, saya lihat perlu mencari satu alternatif dalam merancakkan lagi suasana di sekitar kawasan stesen kereta api seperti mewujudkan rumah transit kepada penumpang yang tiba awal di stesen.

"Dalam hal ini, terdapat dua hingga tiga pelabur berminat membangunkan kawasan sekitar stesen kereta api, namun masih di peringkat perbincangan," katanya yang turut meninjau jejantas terbabit bersama wakil RAC, KTMB dan Jabatan Imigresen Perlis.



EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis, Izizam Ibrahim (kiri) meninjau jejantas pejalan kaki yang dibuka semula selepas empat tahun ditutup. - Foto FB IZIZAM IBRAHIM

Berdasarkan rekod Imigresen Perlis, PATI ditahan ketika menggunakan jejantas itu untuk masuk ke Malaysia secara haram pada 2018 seramai 12 orang membabitkan tiga warga Thailand, India (8) dan Laos (1), manakala pada 2019, tujuh tangkapan membabitkan Vietnam (6) dan Thailand (1).
https://www.bharian.com.my/berit ... besar-dibuka-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048958 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list