CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12506|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki mengamuk ancam letup tong gas positif dadah, direman tiga hari

[Copy link]
Post time 14-2-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Georgetown: Lelaki yang ditahan berikutan bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu letupkan tong gas dalam kejadian di sini, semalam, didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 41 tahun itu disyaki bertindak di luar kawalan akibat pengaruh dadah berkenaan.

"Hasil ujian saringan air kencing didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Suspek dipercayai meminta wang bagi membeli dadah dan ibunya sudah memberi 'angpau' sebanyak RM250.


"Namun suspek bertindak mengamuk berikutan tidak berpuas hati terhadap banyak perkara termasuk pembahagian harta pusaka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohamed Usuf berkata, ibunya yang berusia 69 tahun yang juga peniaga gerai tidak mengalami kecederaan serius namun masih trauma akibat dipukul.

"Suspek dipercayai menggunakan senjata dan memegang sebilah pisau. Inilah akibatnya apabila ketagihan dadah, suspek boleh bertindak apa sahaja di luar kawalan sehingga ibu sendiri jadi mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Februari bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-direman-tiga-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.045616 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list