CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10598|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis sentiasa jalankan pemantauan isu 3R

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Saifuddin bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas media sosial atau kenyataan dikeluarkan mana-mana individu yang didapati menyentuh isu 3R.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemantauan itu turut melibatkan isu berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Katanya, pemantauan itu melibatkan semua perkara dan elemen yang boleh menyumbang kepada ketidaktenteraman awam.

“Pemantauan polis terhadap reaksi awam ini adalah pemantauan yang berterusan kita lakukan (dan) saya sendiri mendapat jaminan dari Ketua Polis Negara.

“Tiada tumpuan khusus yang istimewa sebab pemantauan polis ini dilakukan secara berterusan dan kalau kita kesan ada reaksi berlebihan yang kemudiannya ada aduan, itu memang sudah ada pasukan siasatan khas di Bukit Aman yang akan bertindak segera,” katanya ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -pemantauan-isu-3r/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065339 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list