CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6682|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengantin 'belanja' Canon Rock untuk tetamu

[Copy link]
Post time 14-2-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

NUREEN Qistina bermain gitar ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini. FOTO tular.

Kuala Lumpur: Aksi bersahaja pengantin perempuan ini yang tampil memukau ketika 'menggoreng' gitar lagu Canon Rock mendapat perhatian netizen di media sosial kerana melodi itu tidak mudah dimainkan apatah lagi dirinya seorang wanita.

Video Nureen Qistina Hermy 'beraksi' dengan gitar elektrik dan memakai persalinan pengantin di sisi suami tersayang, Ismail 'Aqil Ismail dirakam ketika majlis persandingan mereka di Magica Cheras Events Hall, di sini, pada 24 Disember lalu.

Video berkenaan juga tular di media sosial dan menerima pujian ramai yang mengagumi bakat wanita itu bermain gitar dengan profesional dan bersahaja.

Nureen Qistina berkata, persembahan itu adalah ideanya dan ia sudah dirancang biarpun pada mulanya berasa agak kurang pasti untuk melakukannya pada majlis berkenaan, namun suami memberi sokongan untuk meneruskan idea itu.


Menurutnya, pada persembahan itu dia menggunakan gitar elektrik miliknya iaitu Gibson Les Paul yang dihadiahkan oleh bapa dan sebelum itu dia menyanyikan lagu Berjuta Bintang.

"Canon Rock saya persembahkan untuk tetamu jemputan dan keluarga. Video itu dirakam juruvideo dan tetamu tetapi saya memang tak sangka akan jadi tular sebab niat saya kongsi di akaun (media sosial) saya untuk simpan sebagai kenangan.

"Canon Rock antara lagu kegemaran saya tetapi saya jarang main lagu itu sebab susah. Saya selalu main lagu genre rock Inggeris seperti She's Gone, Sweet Child ' Mine dan banyak lagi," katanya.

Guru gitar di Singapura itu berkata, dia minat bermain gitar yang bermula sebagai hobi serta mula mempelajari bermain alat muzik itu dengan bapa sejak berusia 11 tahun dan kini ia menjadi kariernya sejak beberapa tahun lalu.

"Pada pendapat saya gitar bukan spesifik 'instrument' untuk lelaki atau perempuan. Jadi tidak salah untuk perempuan bermain gitar cuma mungkin satu kelebihan kerana majoriti yang bermain gitar elektrik ialah lelaki," katanya yang juga kakak kepada pelakon, Hun Haqeem.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-rock-untuk-tetamu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046119 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list