CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6771|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] RM1.7 juta nilai dadah dirampas di ibu negara bulan lalu

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode

ALLAUDEEN Abdul Majid. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Lumpur: Sejumlah RM1.7 juta nilai dadah dirampas di sekitar ibu negara sepanjang Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jumlah rampasan itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM1.8 juta.

"Manakala statistik perbandingan tangkapan bagi Januari lalu dan tahun lepas mencatatkan peningkatan iaitu seramai 2,352 tangkapan tahun ini berbanding 1,333 Januari tahun lalu.

"Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur terus memperlihatkan kejayaan dengan 366 operasi dan serbuan dilaksanakan dengan tangkapan seramai 421 orang," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.



Menurutnya, JSJK Kuala Lumpur turut membuka empat kertas siasatan membabitkan aktiviti pusat panggilan atau call centre sindiket penipuan.

Katanya, dua daripada kertas siasatan berkenaan sudah dilengkapkan dan dituduh di Mahkamah manakala dua lagi masih dalam proses siasatan.

Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur membuka 6,113 kertas siasatan bagi tempoh sama.

Katanya daripada jumlah itu JSPT berjaya mencecah jumlah pertuduhan kes di mahkamah sebanyak 85 peratus.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-negara-bulan-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.126317 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list