CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6650|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Individu ugut Nik Elin dikenal pasti, satu kertas siasatan dilengkapkan

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Allaudeen ketika sidang akhbar di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan satu kertas siasatan berhubung laporan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid diugut melalui media sosial telah lengkap.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya beberapa minggu lalu.

“Satu kertas siasatan telah dibawa ke TPR dan telah diberi arahan-arahan tertentu.

“Identiti suspek yang mengugut Nik Elin telah dikenal pasti namun kita masih belum menahan individu terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

“Satu telah selesai dan baki dua lagi laporan masih dalam proses siasatan.

“Kita segera lengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menerima dan menyiasat tiga laporan daripada peguam Nik Elin yang mendakwa diugut melalui media sosial.

Tiga laporan tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... satan-dilengkapkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.224099 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list