CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6746|Reply: 0

[Selangor] Pesawat Terhempas: Waris mangsa tiba di HTAR Klang

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Empat ahli keluarga Daniel Yee dibawa masuk ke dalam Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, hari ini. -Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Ahli keluarga mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi ini.

Waris mangsa mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42, masing-masing tiba di hospital pukul 8.06 pagi dan 8.20 pagi.

Difahamkan, empat waris mendiang Daniel Yee telah dibawa masuk ke Jabatan Forensik HTAR kira-kira pukul 8.40 pagi oleh seorang Pegawai Perhubungan awam hospital berkenaan.

Manakala waris kepada Roshaan Singh dilihat belum lagi masuk ke jabatan tersebut.

Beberapa anggota polis pula dilihat memasuki Jabatan Forensik pukul 8.33 pagi membawa beberapa bungkusan plastik.

Kosmo! semalam melaporkan kedua-dua mayat tersebut terbenam pada kedalaman kira-kira dua meter dalam tanah di kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... tiba-di-htar-klang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list